Sunday, October 27, 2013

al Kisah Kembara Sufi Jejak'13


- gambar Tuan Guru (sumber dari luar).
- antara gambar yg sempat al faqir ambil sewaktu 
menziarahi mahligai permata ummah ini.

****************************************************************



Hasrat al faqir untuk bertemu dengan Maulana Murabbi Al-Arif Billah Tuan Guru Hj Tayyib Al-Makki hafizahullah sebelum pulang semula ke "ardil kinanah" tidak kesampaian kerana menurut isterinya, Tuan Guru masih lagi berada di Makkah dan kemungkinan akan pulang semula pada bulan Rabi'ul Awal. Jelas terasa sedikit terkilan didalam diri al faqir kerana hasrat dan hajat yg begitu lama disimpan masih belum terlaksana. Mungkin Allah sedang Merancang sesuatu yg lebih baik untuk al faqir dimasa yang akan datang. InsyaAllah..
Sedikit pengenalan ringkas dari al faqir akan siapa itu Maulana Murabbi Al-Arif Billah Tuan Guru Hj Tayyib Al-Makki Hafizahullah.

* Beliau dilahirkan pada tahun 1912.
-terdapat khilaf mengenai tahun sebenar kelahiran beliau. Namun al faqir lebih cenderung kepada sumber yg kedua iaitu pada tahun 1921 kerana menurut isteri Beliau, usia Tuan Guru sekarang hampir mencecah 90 tahun lebih.

* Beliau ke Makkah pada tahun 1951 ( sila pm jika terdapat kesalahan fakta) sehingga sekarang. Menurut isteri Beliau lagi, Tuan Guru tinggal di tanah Jawi hanya 6 bulan, dan 6 bulan yang masih berbaki dihabiskan di Bumi Makkah al Mukarramah.

* Antara rakan seguru beliau d Makkah ialah:
-Tuan Guru Hj Soleh Hj Musa,pondok Sik,Kedah.
-Tuan Guru Hj Abdul Rahman Awang,pondok Guar kepayang,kedah
-Tuan Guru Hj Abdul Rahman Pombing.
Dan sebagainya..

* Sifat kezuhudan yg terdapat didalam diri beliau jelas terkesan kepada diri al faqir sewaktu al faqir menelusuri jalan yang di kelilingi hutan sejauh hampir 2km dari jalan utama untuk ke rumah Beliau. Beliau tinggal jauh di hujung desa tanpa dicemari fitnah dan maksiat fana. Begitu indah "permata" yang Allah pelihara terbina megah tunggal singgahsana beliau didalam hutan tanpa sebarang noda.

-Semoga Allah memanjangkan lagi usia Tuan Guru dan dipinjamkan nikmat kesihatan yang terbaik kepada Tuan Guru untuk memimpin ummah yang sedang dilanda ribut kecelaruan akhidah di penghujung zaman ini. Dan al faqir juga turut berharap dapat mencium, menatap dan mengutip segunung nasihat yang amat berharga dari Maulana Murabbi Al-Arif Billah Tuan Guru Hj Tayyib Al-Makki Hafizahullah sebelum Allah mengambil semula "permata" yang telah dipinjamkan kepada ummah itu. InsyaAllah amin..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...