Sunday, December 28, 2008

SALAM MAAL HIJRAH 1430H


Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun

Friday, December 26, 2008

Detik-detik Terakhir Kehidupan Insan Mulia


Daripada Ibnu Mas’ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra. Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:“Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.”
Allah berfirman: “Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.”
Kemudian kami bertanya: “Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila’ la.”
Kami bertanya lagi: “Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?
Baginda menjawab: “Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.”
Kami bertanya: “Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?” Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.
Kemudian baginda bersabda: “Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.”
Semakin Tenat
Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir.
Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: “Assalamualaikum ya Rasulullah?” Kemudian ia berkata lagi “Assolah yarhamukallah.”
Fatimah menjawab: “Rasulullah dalam keadaan sakit?” Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk.
Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: “Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat.”
Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: “Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?” Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut.
Ketika Abu Bakar ra melihat ke tempat Rasulullah yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: “Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab: Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka.”
Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: “Ya ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.”
Malaikat Maut Datang Bertamu
Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja.
Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: “Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!” Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: “Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.”
Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: “Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?” Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: “Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: “Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma.”
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia?” Fatimah menjawab: “Tidak wahai baginda.” Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: “Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan ‘Assalamualaika ya Rasulullah.” Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?”
Malaikat Maut menjawab: “Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang.
Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? “Saya tinggal ia di langit dunia?” Jawab Malaikat Maut.
Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah.”
Ketika Sakaratul Maut
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; “Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.”
Baginda SAW bersabda: “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.”
Baginda SAW bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?”
Jibril as bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: “Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?”
Jibril menjawab: “Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.”
Maka berkatalah Rasulullah SAW: “Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?” Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.
Ali ra bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.
Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: “Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.”
Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?” Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW.
Kesedihan Sahabat
Berkata Anas ra: “Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa’ir.”
Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu’az bin Jabal ra telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: “Apakah anda masih lena tidur juga wahai Mu’az, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah.”
Mu’az terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: “A’uzubillahi minasy syaitannir rajim?” Setelah itu ia lalu mengerjakan solat.
Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu’az berkata: “Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?” Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.
Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu’az berkata kepada mereka: “Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu’az menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?” (Az-Zumar: 30).
Maka menjeritlah Mu’az, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi: “Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?” (Ali-lmran: 144)
Maka Mu’az pun menjerit lagi: “Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?” Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: “Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala.”
Kemudian ia berkata: “Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?” Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud: “Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.”
Lalu Mu’az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu’az bertanya kepada orang tersebut: “Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu’az, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu’az terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Mu’az: Wahai Mu’az sedarlah dan bangunlah.”
Ketika Mu’az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu’az melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu.
Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah. Mu’az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?” Mu’az menyambungnya: “Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?” Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.
Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: “Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu’az yang sedang pengsan.
Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu’az, lalu ia berkata: “Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu’az, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Sampaikanlah salamku kepada Mu’az.”
Maka Mu’az pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: “Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra.”
Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu’az mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?” Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: “Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu’az menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahli bait.”
Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu’az bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW.”
Kemudian Fatimah berkata lagi: “Masuklah wahai Mu’az?” Ketika Mu’az melihat Siti Fatimah dan Aisyah ra ia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Mu’az dan khabarkan kepadanya bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama.”
Kemudian Mu’az bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.

Thursday, December 25, 2008

KAIN CINTA PUTIH(kisah seorang anak soleh)


Peluh mengalir deras membasahi seluruhtubuh kecil yang sedang asyikmembanting tulang empat kerat. Setiapkali titisan peluh itu mengalirmeluruti dahi menuju ke kelopak mata,pantas dikesat dengan lengan bajunya.Rasa letih mula menjalar perlahan-lahan menyerap ke seluruh tubuh.Namun, tubuh kecil itu tetapmenggagahkan diri untuk menghabiskanbakian kerjanya. Jika dituruti rasaletih dan penat itu mungkin akanmengakibatkan seisi rumahnya kelaparan.
“Pak Majid! Lidi yang telah diraut niKudin letakkan di atas para bawahrumah. Buah kelapa yang Kudin kutiptadi, semuanya Kudin kumpulkan di tepitangga di belakang rumah sana” ujarKudin sebaik sahaja usai kerjanyameraut lidi serta memungut buah-buahkelapa kepunyaan Pak Majid.
“Kudin! Ini duit upah untuk hari ini.Besok boleh tak Kudin tolong Pak Majidbersihkan kebun?” kata Pak Majidsambil menghulurkan sejumlah wangkepada Kudin.
“Insya Allah. Kalau mak Kudin taksakit, Kudin datang bantu Pak Majidbesok” balas Kudin. Setelah berjabattangan, Kudin meminta izin pada PakMajid untuk pulang ke rumahnya. Dengansecangkir senyuman ikhlas, Pak Majidmembenarkan Kudin pulang. Selepasterungkap lafaz salam Kudin punmeninggalkan Pak Majid.
Kudin mendongak ke langit. Sangmentari yang garang membakar, betul-betul tegak di atas kepalanya. Suatupetanda menandakan bahawa waktu Zohorhampir tiba. Seolah-olah ia adalahsatu suruhan tanpa suara kepada semuamanusia yang beriman agar bersiap-sedia untuk menunaikan tiang agama.Langkah kaki yang disusun semakinpantas diatur. Menyusuri denai dansemak menuju ke pondok usang tinggalanAllahyarham bapanya. Sekalipun pantas,kewaspadaan terhadap rintangan yangsedia tersaji menjadi satu signifikandalam dirinya. Kecelakaan mungkinboleh berlaku. Paku, duri dan kacabakal tertusuk menembusi telapakkakinya andai dia tidak berwaspada danberhati-hati. Rutin hariannya akantergendala sekiranya hal sedemikianmenimpa dirinya.
****************************************
“Assalamualaikum, Mak! Abang balik ni”laung Kudin memanggil ibunya.“Waalaikumussalam. Anak mak dah balik.Masuk nak” jawab makcik Habibah, ibuKudin. Dia hanya mampu menyambutkepulangan anaknya itu sehari-haridengan kata-kata manis. Diamengharapkan agar kata-kata itumenjadi pemangkin serta penawarkeletihan anaknya. Kalau diikutkanhati dia tidak mahu mengizinkan anaksulungnya itu bekerja. Dia amatmenginginkan Kudin mendapat pelajaranseperti anak-anak orang lain yangseusianya. Tapi kuasa Allah mengatasisegalanya. Dia kini lumpuh kedua-duabelah kaki akibat dari kemalangan yangdialaminya ketika Kudin masih berusiadua tahun dan Zubaidah anak keduanyaberumur setahun. Kemalangan itu telahmeragut nyawa suaminya yang merupakanketua keluarga mereka. Tetapi diayakin bahawa Allah s.w.t tidakbersifat kejam. Allah s.w.t tidakmenzalimi keluarganya. Ujian yangdialaminya kini adalah tarbiah dariAllah. Ujian ini bukanlah satupenganiayaan tetapi satu penilaiandari Allah terhadap dirinya. Dia jugatelah menitipkan keyakinan initerhadap kedua-dua anaknya. Merekaanak-beranak redha dengan ketentuanAllah ini.
“Mak dah makan?” tanya Kudin sebaiksahaja kakinya melangkah masuk.“Belum. Mak tunggu abang. Kita makansama-sama ya”
“Baik. Em! Adik mana mak?”
“Ke belakang katanya tadi. Ambilbatang lambok buat ulam” ujar MakcikHabibah.
Kudin melangkah keluar meninggalkanibunya menuju ke belakang rumah mereka.
“Zubaidah! Awak buat apa tu?” tegurKudin. Sejak dia pandai menyebut namaadiknya itu, belum pernah diameringkaskan nama Zubaidah. Dia sangatmenyayangi adiknya. Zubaidah jugasenasib dengannya. Tidak mendapatpendidikan kerana kemiskinan keluargamereka.
“Ambil lambok ni. Abangkan suka makanulam lambok cicah dengan sambaltempoyak. Adik goreng ikan je hari ni.Tak sempat nak masak gulai. Tadi,asyik sangat berkebun sampai terlewatmasak. Abang tak marahkan?” ujarZubaidah sayu. Dia bimbang akandimarahi abangnya.
Kudin menghampiri Zubaidah lantasmendakapnya dengan penuh manja.Diusapnya rambut halus Zubaidahperlahan-lahan. Dahi si adik dikucup.Ditatapnya wajah Zubaidah beberapaketika. Kemudian diukirnya sekuntumsenyuman untuk Zubaidah.
“Tak marah. Adik abang tak pernah buatabang marah. Tak ada gulai pun kitatetap makan jugak kan. Bukankah makselalu pesan pada kita yang makan niuntuk hidup dan bukan hidup untukmakan. Adik abang ingat lagikan” tuturKudin menyantun lembut.
“Adik ingat abang” balas Zubaidah.
“Em! Zubaidah tanam apa hari ini?”tanya Kudin.
“Kacang panjang dengan timun. Sedap nikalau cicah dengan tempoyak” jawabZubaidah sambil tersenyum bangga.
Kedua-dua beradik itu berjalan dalampelukan melangkah masuk ke dalamrumah. Mereka kemudian makan bersama-sama. Tengahari itu mereka sekeluargamakan dengan penuh kemesraan. Kudindan Zubaidah bergilir-gilir menyuapnasi ke mulut ibu mereka. Ibu lumpuhitu seakan terlupa akan kesempitanhidup mereka bila melihat telatahkedua-.dua anaknya
************************************************
“Siapa tahu apa maksud anak soleh?”tanya Ustaz Taufiq menguji kefahamanmurid-muridnya. Semua muridnyaterlopong sambil berpandangan sesamamereka. Tidak kurang juga segelintirdari mereka yang menggaru-garu kepalayang tidak gatal.
“Nurul Husna! Boleh terangkan padakawan-kawan apa yang Nurul Husna tahutentang anak soleh?” soal Ustaz Taufiqkepada salah seorang muridnya yangsedang asyik membelek-belek kotakpensel. Dalam keadaan terpinga-pingaNurul Husna senyum tersengih. Giginyayang rongak bahagian depanmengurangkan sedikit seri wajahnya.Ustaz Taufiq tersenyum. Dia fahambenar dengan kerenah semua muridnya.Diajunya soalan yang sama kepada AbdulRafiq pula. Abdul Rafiq merupakanmurid yang paling nakal dalam kelasitu tetapi amat luas pengetahuannya.Ibunya juga seorang guru agama. Diamengajar di kampung sebelah.
“Saya, kalau anak soleh tu tak tau laUstaz. Tapi kalau anak Salleh tu sayakenal sangat” jawab Abdul Rafiq sambiltangnnya menunjuk ke arah NurShahirah. Nur Shahirah ialah anakPakcik Salleh tukang gunting rambutkampung mereka. Dia terkejut. Kemudianterus menangis kerana kelasmentertawakannya.
“Tap! Tap! Tap!” bunyi rotan diketukke meja. Ustaz Taufiq mententeramkankelasnya. Abdul Rafiq didendanya.Kemudian dia menjelaskan kepada murid-muridnya maksud anak soleh.
“Anak soleh ialah anak yag sentiasapatuh dan taat kepada perintah keduaibu bapanya selagi mana mereka tidakmenyuruh kepada perkara-perkara yangbertentangan dengan perintah Allah dannabi kita Muhammad s.a.w” jelasnya.
“Kita tidak boleh melawan kata-kataibu dan bapa kita. Nabi s.a.wbersabda : Keredhaan Allah ituterletak pada keredhaan kedua ibu bapadan kemurkaan Allah itu terletak padakemurkaan kedua ibu bapa” jelasnyalagi.
“Dan yang paling utama ialah anak yangsoleh ini sentiasa mendoakankebahagian kedua ibu bapanya di duniadan akhirat” sambungnya lagi. Semuamuridnya terdiam. Bermacam-macamreaksi dari mereka apabila mendengarpenjelasan itu. Ustaz Taufiq mengertikeluh-kesah murid-muridnya.
“Kelas! Semua sekali tengok Ustaz?”pintanya.
Semua murid memandangnya. Diamembiarkan mereka terdiam sebentar.Sambil menarik nafas dia bertanyakansatu soalan kepada mereka.
“Awak semua sayang tak pada mak danayah awak?” soalnya.
“SAYANG” jawab mereka serentak.
“Awak semua nak tak mereka masuksyurga?” soalnya lagi.
“NAK”
“Jadi, kalau awak semua nak merekamasuk syurga, awak semua kena rajin-rajin belajar tentang Islam. Sebabanak yang sayangkan ibu dan bapanyamesti pandai tentang agama Islam.Agama Islam mengajar kita cara berdoauntuk kebahagiaan ibu bapa kita. Kalauawak semua nak pandai berdoa untuk makdan ayah awak, mesti kena datangsekolah agama hari-hari. Inilah buktikita cintakan mak dan ayah kita”jelasnya berjela.
“Apa bukti cinta kita pada mak danayah kita?” tanya Ustaz Taufiq padamurid-muridnya.
“KITA KENA DATANG SEKOLAH AGAMA TIAP-TIAP HARI SUPAYA KITA PANDAI BACA DOAUNTUK KEBAHAGIAN MAK DAN AYAH KITA,USTAZ” serentak dijawab oleh semuamuridnya.
Kudin yang sedari tadi duduk di luarkelas menitiskan air matanya. Diahanya mendengar pengajian itu dariluar kelas kerana tidak mampu untukmembayar yuran. Begitulah rutinhariannya hampir setahun. Selama itujuga tidak seorang pun menyedarikehadirannya. Dia juga tidak inginkehadirannya diketahui. Bimbangmengganggu ketenteraman orang lain.Memang itulah hakikatnya. Kanak-kanakkampung itu tidak berapa suka berkawandengannya. Malah mereka menggelarnyadengan gelaran Kudin Kurap. Diasendiri sehingga kini masih memikirkankenapa dia digelar “kurap” walhalsetompok kurap pun tidak pernahbertunas di tubuhnya. Barangkalikerana pakaiannya yang lusuhmenyebabkan dia dihina sedemikian.
Kudin mengesat air matanya. Otaknyaberputar memikirkan kata-kata UstazTaufiq sebentar tadi. Bukti cintaseorang anak kepada ibu bapanya ialahhadir ke sekolah agama setiap hari.Kenapa? Supaya faham tentang agamaIslam. Untuk apa? Untuk mengetahuicara mendoakan kesejahteraan mereka.Sekali lagi air matanya berderai kepipi. Bagaimana mungkin untuk diahadir ke sekolah setiap hari. Hendakmembayar yuran pun dia tidak mampu.Hidupnya sekeluarga sekadar kais pagimakan pagi, kais petang makan petang.Kalau setakat mendengar dari luarkelas sebegini bagaimana untuk dialekas pandai berdoa. Belajar perludiuji. Ujian untuk mengetahui tahapkefahaman seseorang. Itulah antarabutiran permata bicara yangdidengarinya dalam khutbah jumaat yanglepas. Dia tidak bisa diuji kalautidak hadir ke sekolah seperti kanak-kanak seusianya.Kudin terus menangis sambil meratapitakdir dirinya. Bukan menyesali. Tapidia seorang kanak-kanak. Dia tidaksetabah ibunya. Air matanya mencurah-curah. Tangisannya menyerap masuk kedalam kelas tanpa ia sedari. Suaratangisannya telah menarik semua muridberlari meluru ke arah jendela.
“KUDIN KURAP!” jerit mereka serentak.Kudin terkejut dan cuba lari beredar.Akan tetapi langkah kakinya terhalangoleh suara Ustaz Taufiq yangmemanggilnya. Ustaz Taufiq bergegas keluar kelas mendapatkan Kudin.
“Siapa nama awak?” tanyanya pada Kudin.
“Fakhruddin bin Mansur”
“Tapi orang panggil saya Kudin” jelasKudin.
“Tak mengapa. Kalau orang panggil awakKudin biar Ustaz panggil awakFakhruddin. Nama kita adalah doa”jelasnya.
“Kenapa Fakhruddin tak masuk kelasbelajar bersama kawan-kawan lain”tanyanya pula.
“Saya tak ada duit untuk bayar yurandan beli baju, Ustaz” jawab Kudin.
Ustaz Taufiq berfikir seketika.Dahinya berkerut. Dipejamkan matanyamengharapkan pertolongan daripadaAllah s.w.t agar bisa dirungkaikannyamasalah ini. Hati dan fikirannyaberbicara rancak mencari jalanpenyelesaian.
“Macam ni la Fakhruddin. Soal yuran tuawak tak perlu fikirkan. Taulah Ustaznak uruskannya. Cuma tentang baju tumasalah sikit. Sekolah ni sentiasadipantau oleh pegawai dari majlisagama. Mereka mahu semua murid di sinidatang sekolah dengan pakaian seragam.Baju melayu putih sepasang sertasampin hijau dan bersongkok hitam.Ustaz tak mampu nak bantu awak belibaju tu” terangnya memberi jalan.
“Berapa harga baju tu Ustaz?” tanyaKudin.
“Ustaz tak pasti sebab ustaz tak adaanak lelaki. Setahu Ustaz kita kenatempah baju tu. Cuba awak tanya padakedai Ah Seng di pekan” sarannya.
“Untuk pengetahuan Ustaz, saya bekerjamengambil upah membantu orang-orangkampung. Beginilah, mulai esok sayaakan bekerja dengan lebih kuat. Walauapa cara sekalipun saya mesti dapatkanbaju itu. Baju itu nanti akan menjadibukti cinta saya pada mak dan ayahsaya” ujar Kudin penuh bersemangat.Ustaz Taufiq sungguh terharu. Diaberdoa didalam hati memohon kejayaanKudin.
*********************************************
Sejak hari itu Kudin bekerja dari pagihingga lewat petang. Berbagai-bagaikerja yang dilakukannya. Menebas,mengutip kelapa, membersih kolam ikandan banyak lagi. Tujuannya hanya satu.Baju seragam sekolah agama. Dia mestiberusaha dengan sekuat tenaganyakerana Allah sentiasa bersikap adilterhadap hamba-hambaNya. Kurnia Allahsetimpal dengan usaha hambaNya.Sekiranya kuat kita berusaha makabanyaklah yang akan kita perolehihasilnya dan begitulah sebaliknya. Bakkata pepatah, dimana ada kemahuan disitu ada jalan.
Tiga minggu Kudin memerah keringatuntuk mencapai cita-citanya. Hari inidia akan ke kedai Ah Seng di pekanuntuk menempah baju yang diingininya.Dia merasakan wangnya telah mencukupi.Sengaja dia tidak bertanya terlebihdahulu tentang harga di kedai Ah Sengseperti yang disarankan oleh UstazTaufiq. Upah selama tiga minggu kerjabermati-matian dirasakannya cukupuntuk menempah baju seragam tersebut.Sebelum ke pekan dia bertemu dahuludengan ibu dan adiknya Zubaidah untukmemberitahu hajatnya ini. Merekaberdua gembira mendengarnya.
“Zubaidah! Abang janji. Kalau abangdah masuk sekolah agama nanti, abangakan ajar adik apa yang abang belajar”ujar Kudin kepada Zubaidah.
“Terima kasih abang. Eh! Silap. UstazAbang” jawab Zubaidah sambilberseloroh mengusik abangnya.
“Ini janji abang, Zubaidah. Abang nakkita berdua jadi anak yang soleh” ujarKudin bersemangat. Zubaidah mengangguk-angguk tanda faham dengan maksudabangnya.
“Adik jaga mak ya” pesan Kudin padaZubaidah.
“Mak! Baju itu nanti akan menjadibukti cinta dan kasih sayang abangpada mak, ayah dan adik. Mak doakanabang ya” kata Kudin pada ibunya.
“Mak sentiasa mendoakan kebaikan untukanak-anak mak” jawab ibunya denganlinangan air mata kebanggaan.
Kudin pun meniggalkan ibu dan adiknyamenuju ke pekan. Dalam perjalanan diamembayangkan betapa segaknya diadengan pakaian seragam itu nanti. Diasemestinya puas. Pakaian seragamitulah tanda cintanya terhadapkeluarganya. Dan yang palingmembanggakan ialah dia mendapatkannyadengan wang hasil usahanya sendiri.
*************************************************
“Tauke! Saya mahu tempah baju untuksekolah agama. Berapa dia punyaharga?” tanya Kudin kepada tauke AhSeng.
“Oh! Lu budak. Gua ada kenai sama lu.Bapak lu punya nama Mansur kan?” tanyatauke Ah Seng.
“Ya la tauke. Macam mana tauke bolehkenal saya punya bapak?” tanya Kudinkehairanan.
“Gua ha. Sama lu punya bapak banyakbaik dulu-dulu. Lu tadi mau tempahsekolah agama punya baju bukan. Diapunya halga RM35. Tapi itu mahal punyakain la. Kalau mulah punya kain guakasi lu RM20. Tapi itu kain Melayubikin bungkus olang mati la” jelastauke Ah Seng.
“Itu songkok berapa harga dia tauke?”tanya Kudin sambil menunjuk ke arahsongkok hitam di dalam almari kaca.
“Itu RM25 satu. Lu mau ka?”
“Mahal la tauke. Saya ada RM30 saja”
“Ini macam la budak. Gua punya anakala ini songkok. Dulu dia ala masuksekolah punya pancalagam. Sikalangtatak ala pakai lagi. Gua kasi luangkat. Hadiah gua sama lu. Dia punyakepala sama lu punya kepala ala sama”
“Terima kasih tauke. Saya mau angkatkain yang murah punya. Lebih duit nisaya bikin belanja”
“Banyak bagus la itu macam. Sini mali.Gua kasi ukur lu punya badan dulu”minta tauke Ah Seng. Sambil mengukurdia rancak bercerita itu dan initentang bapa Kudin. Ternyata merekaterlalu akrab suatu masa dulu.
“Lagi satu minggu lu latang sini kasiangkat lu punya baju. Itu jam juga luboleh masuk sekolah agama” beritahutauke Ah Seng.
“Terima kasih tauke. Ini baju tandacinta saya pada saya punya mak, ayahdan adik saya”
“Banyak baik lu punya hati. Sayabanyak suka dapat jumpa lu ini hali”
“Terima kasih tauke. Saya balik dulu”
Kudin terus berlari pulang ke rumahnyakerana terlalu gembira. Dia perlusegera sampai ke rumah untuk berjumpaibu dan adiknya. Mereka juga harusmerasai sama berita gembira ini.
“Hoi! Budak. Jangan lali. Jalan pun luboleh sampai rumah” jerit tauke AhSeng kepada Kudin dari dalam kedainya.Kudin berpaling sambil melambai-lambaitangannya kepada tauke Ah Seng.
“BANG!!!”
Dengan tidak semena-mena muncul sebuahkereta yang bergerak laju menghala kearah Kudin serta melanggar tubuh kecilitu. Hentakkan yang kuat menyebabkanKudin tercampak 30 meter ke hadapan.Tauke Ah Seng yang melihat kejadianitu di depan matanya menjerit sekuathati. Dia kemudian berlari ke arahKudin. Kudin yang ketika itu tercungap-cungap tanpa sebarang suara. Tauke AhSeng memangku kepala Kudin yangdiselubungi darah di atas pahanya. Diaberteriak kepada orang ramai supayamenahan mana-mana kereta untuk membawaKudin ke hospital berdekatan.
Darah yang mengalir deras terus-menerus keluar dari mulut, hidung danmata selain melalui bahagian kepalaKudin yang luka parah. Kaki dantangannya terkulai. Kudin berdengkur.Dari perlahan bertukar kuat. Kemudiankeluar darah berbuih dari mulutnya.Selepas itu tiada lagi sebarang tindakbalas dari tubuh kecil itu. Kudintidak bergerak. Nafas yang tadinyatercungap-cungap kini telah terhenti.Terhenti untuk selamanya. Orang ramaiyang mengerumuninya menggeleng-gelengken kepala. Kudin telah pergimenemui Tuhannya.
*************************************************
“Mana la abang kamu ni Zubaidah? Dahnak masuk Asar masih tak balik-baliklagi” rungut Makcik Habibah.
“Entahlah mak. Biasanya sebelum sampaiZohor abang dah ada di rumah” jawabZubaidah.
“Eh! Mak. Tengok sana tu. Ada vanmasuk ke rumah kita” kata Zubaidah.
Makcik Habibah kaget. Dia tergamammelihat sebuah van menghala kerumahnya. Dia kenal benar dengan vanitu. Van jenazah hospital. Zubaidahhanya memerhatikan van itu sehinggaberhenti di hadapan pintu rumahnyatanpa mengerti seperti ibunya. Keluardua orang lelaki dari van tersebutmenuju ke depan pintu rumah mereka.“Assalamualaikum!” salah seorang darimereka memberi salam.
“Waalaikumussalam” jawab mereka berdua.
“Makcik ni ibu Fakhruddin ya?” tanyalelaki yang seorang lagi.
“Ya” jawab Makcik Habibah.
“Kami harap makcik banyak-banyakbersabar. Anak makcik Fakhruddinkemalangan. Dia dah meninggal. Ni kamidatang hantar jenazahnya” jelasnya.
“Tauke Ah Seng yang tunjukkan kamijalan ke mari” ujar lelaki yangmemberi salam tadi.
Zubaidah terus mendakap ibunya sertamenangis sebaik sahaja mendengar kata-kata lelaki itu. Mereka dua beranakberpelukan menangisi pemergian Kudin.
Jenazah Kudin dibawa masuk ke dalamrumah kecil mereka. Jenazahnyadiletakkan ditepi pembaringan ibunya.Ibu lumpuh itu memeluk erat anaknyayang tidak lagi bernyawa. Dikucupnyakedua-dua belah pipi dan dahi jenazahanaknya itu. Kemudian diikuti olehZubaidah melakukan seperti apa yangdilakukan oleh ibunya. Lama diamendakap. Dia tidak mahu melepaskanpelukannya. Makcik Habibah menenangkananak perempuannya itu. Zubaidahmengalah dengan kata-kata ibunya. Diaterusan menangis dipangkuan ibunya.
“Nyonya! Ini kain lu kasi bungkus lupunya anak. Tadi sebelum kena langgardia ada bili dekat gua punya kedai”kata tauke Ah Seng sambil menghulurkankain putih yang dibeli oleh Kudin dikedainya. Makcik Habibah menyambutkain putih itu. Dia kemudian mengucupkain itu beberapa kali. Kain yangingin Kudin jadikan baju melayu ituakan digunakan sebagai kain kapanjenazahnya. Kain putih yang ingindijadikan bukti cintanya kepada ibu,bapa dan adiknya kini menjadi pembaluttubuhnya bertemu Allah cinta yanghakiki.

SEKADAR RENUNGAN: SAYA SOLAT LIMA WAKTU TAPI..

Saya solat lima waktu tapi......Ingat pada Allah hanya lima waktu itu sajaDan pada masa lainnya saya lupa padaNyaJika Sholat saya 10 minit , maka cuma 10 minit itu saja ingat pada NyaMungkin dalam 10 minit itu pun saya masih ingat selain daripada Nya.Sujud, rukuk, iktidal dalam solat saya masih kosong... Saya solat lima waktu tapi....Saya tidak bersyukur pada NyaPadahal dulunya saya amat susah,Allah yang memberi rezeki pada sayaDengan rezeki itu saya dapat membeli rumahDengan rezeki itu saya dapat menampung keluargaDengan rezeki itu saya dapat membeli kendaraan dan sebagainyaTapi.. hati saya masih belum puasSaya masih tamak akan harta dunia dan masih menganggap serba kekurangan Saya solat lima waktu tapi....Saya masih menggunakan perkataan yang tidak sopan kepada teman temanSaya sering menyakiti hati merekaSaya sering menghina merekaSaya sering menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah keturunan dan bangsa saya saja yang paling baikPada hal saya sendiri tidak tahu persis tempat saya di mahsyar nanti Saya solat lima waktu tapi....Saya masih sombong dengan ilmu yang saya milikiSaya masih sombong dengan amal perbuatan yang telah saya perbuatSaya masih sombong dengan ibadah yang saya lakukanSaya masih sombong dan menganggap sayalah yang paling pandaiSaya masih sombong dan merasa saya paling dekat dengan Allah SWT Dengan berbagai macam cara dan berbagai argumen saya berdebat mereka yang tidak sehaluan dengan saya.Padahal saya sendiri belum tahu, redhakah Allah SWT dengan apa yang telah saya perbuat itu?Saya solat lima waktu tapi....Saya masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuh-musuhkuSaya menggunakan wang bahkan harta serta pangkat dan kekuasaan untuk menjatuhkan manusia yang saya tidak suka Saya solat lima waktu tapi....Saya amat bakhil dan kikir mengeluarkan wang untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin atau kepada anak yatim piatu kerena saya takut hartaku habis dan jatuh miskin Saya solat lima waktu tapi....Saya masih menyimpan sifat dengki dan khianat kepada teman teman yang sukses dinaikkan pangkatnya atau dinaikan gajinya dan atau berhasil dalam usahanya, padahal mereka berusaha dan bekerja sungguh sungguh, tapi saya hanya bekerja seperti hidup segan mati tak mau! Saya solat lima waktu tapi....Saya mengabaikan anak isteri yang kelaparan dan menderita di rumah,kerena saya merasa sebagai raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati Saya solat lima waktu tapi....masih merungut dan mencaci maki bila saya ditimpa musibah, walaupun sebenarnya saya tahu sesuatu musibah itu datangnya dari Allah, kerana perbuatan dan sikap saya sendiriseharusnya saya sedar kepada siapakah saya mencaci maki itu?Saya solat lima waktu tapi.....Menuntut ilmu semata mata mempersiapkan diri untuk berdebat dengan orang lain atau untuk menduga keilmuan mereka dan sengaja mencari cari yang tidak sehaluan dengan saya, dan memaksa mereka mengikuti jejak langkah saya, padahal seharusnya saya sedar tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal soleh dan beribadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah (mempersekutukan Allah SWT dengan yang lainnya)Saya solat lima waktu tapi....Saya enggan melaksanakan serta kurang bahkan tidak faham dengan firman Allah SWT dalam Al Quran QS: 29 : (Al-Ankabut) : 45 yang artinya :-Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuata n) keji dan mungkar.Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat)adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.Saya solat lima waktu tapi....Saya tidak faham dan tidak tahu dan tidak menjalankan dengan benar firman Allah dalam QS 107. (Al Maa´uun) : yang artinya:-1. Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama ?2. Itulah orang yang mengherdik anak yatim 3. dan Tidak menganjurkan memberi makan orang miskin4.. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat 5. (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya 6. orang-orang yang berbuat riya 7. dan enggan (menolong dengan) barang berguna.
-- Don't walk in front of me, I may not follow. Don't walk behind me, I may not lead. Just walk beside me and be my friend."People Will Forget What U SaidPeople Will Forget What U DidBut People Will Never Forget How U Made Them Feel

9 MiMpi NABI MUHAMMAD S.A.W

Untuk renungan...Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAWDaripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad sawbersabda:"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan padamalam aku sebelum di Israqkan.... ...."1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatulmaut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, makamalaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DANKEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amatmenyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni olehsyaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkandengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuatdaripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkanrantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANGKHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali diamendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglahpahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga iamerasa puas.6. Aku melihat umatku cubauntuk mendekati kumpulan para nabi yangsedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang dia akandiusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYAsambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelitadi sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, makadatanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalumengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.8. Aku mel ihat umatku cubaberbicara dengan golongan orang mukmin tetapimereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFATSILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalumenyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara merekadengannya.9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,makasegeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalumenabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAINWALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

SyUrGa YANg DiDAMbAkAN


Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:”Setiap umatku masuk ke dalam syurga selain orang yang enggan. Mereka bertanya:”Ya Rasulullah! Siapakah yang enggan itu? Jawab baginda:”Siapa yang mematuhi perintahku, masuk syurga dan siapa yang melanggar perintahku maka sesungguhnya orang itu enggan.”

(al-Bukhari)HuraianDunia ini adalah kerajaan Allah SWT. Segala yang ada di alam ini adalah daripada kurniaan rahmat Allah. Manusia merupakan khalifah Allah, diciptakan untuk memuja Allah dan memikul amanah Allah. Hidup ini merupakan pemberian Allah dan kematian pula adalah qadar atau ukuran dari Allah. Dunia ini adalah kebun tempat manusia berusaha untuk mematuhi perintah Allah, dan akhirat adalah masa menuai dan menerima balasan daripada Allah. Orang yang berbahagia ialah mereka yang menurut petunjuk Allah dan Rasul-Nya, dan orang yang malang ialah mereka yang membelakangkan diri dari pengajaran Allah dan Rasul-Nya. Maka manusia yang ditugaskan memikul beban dan tanggungjawab di dunia yang fana dan penuh cabaran ini hendaklah mempunyai persiapan untuk kehidupan yang selamanya di negeri yang abadi di mana kematian adalah jambatan yang menghubungkan antara keduanya yang seterusnya menyampaikan mereka ke suatu tempat sama ada ke syurga atau ke neraka.

Wednesday, December 24, 2008

Taubat Ikrimah Bin Abu Jahal

Abu Ishaw As-Ayabi’i meriwayatkan, ketika Rasulullah SAW berhasil menaklukkan kota Makkah, maka Ikrimah berkata: Aku tidak akan tinggal di tempat ini!” Setelah berkata demikian, dia pun pergi berlayar dan memerintahkan supaya isterinya membantunya. Akan tetapi isterinya berkata: “Hendak kemana kamu wahai pemimpin pemuda Quraisy?” Apakah kamu akan pergi kesuatu tempat yang tidak kamu ketahui?” Ikrimah pun melangkahkan kakinya tanpa sedikitpun memperhatikan perkataan isterinya.

Ketika Rasulullah SAW bersama para sahabat lainnya telah berhasil menaklukkan kota Makkah, maka kepada Rasulullah isteri Ikrimah berkata: “Ya Rasulullah, sesungguhnya Ikrimah telah melarikan diri ke negeri Yaman kerana ia takut kalau-kalau kamu akan membunuhnya. Justeru itu aku memohon kepadamu supaya engkau berkenan menjamin keselamatannya.”

Rasulullah SAW menjawab: “Dia akan berada dalam keadaan aman!” Mendengar jawapan itu, maka isteri Ikrimah memohon diri dan pergi untuk mencari suaminya. Akhirnya dia berhasil menemukannya di tepi pantai yang berada di Tihamah. Ketika Ikrimah menaiki kapal, maka orang yang mengemudikan kapal tersebut berkata kepadanya: “Wahai Ikrimah, ikhlaskanlah saja!”

Ikrimah bertanya: “Apakah yang harus aku ikhlaskan?”

“Ikhlaskanlah bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan akuilah bahawa Muhammad adalah utusan Allah!” Kata pengemudi kapal itu

Ikrimah menjawab: “Tidak, jesteru aku melarikan diri adalah kerana ucapan itu.”

Selepas itu datanglah isterinya dan berkata: “Wahai Ikrimah putera bapa saudaraku, aku datang menemuimu membawa pesan dari orang yang paling utama, dari manusia yang paling mulia dan manusia yang paling baik. Aku memohon supaya engkau jangan menghancurkan dirimu sendiri. Aku telah memohonkan jaminan keselamatan untukmu kepada Rasulullah SAW.”

Kepada isterinya Ikrimah bertanya: “Benarkah apa yang telah engkau lakukan itu?”

Isterinya menjawab: “Benar, aku telah berbicara dengan baginda dan baginda pun akan memberikan jaminan keselamatan atas dirimu.”

Begitu saja mendengar berita gembira dari isterinya itu, pada malam harinya Ikrimah bermaksud untuk melakukan persetubuhan dengan isterinya, akan tetapi isterinya menolaknya sambil berkata: “Engkau orang kafir, sedangkan aku orang Muslim.”

Kepada isterinya Ikrimah berkata: “Penolakan kamu itu adalah merupakan suatu masalah besar bagi diriku.”

Tidak lama selepas Ikrimah bertemu dengan isterinya itu, mereka pun pulang kembali, setelah mendengar berita bahawa Ikrimah sudah pulang, maka Rasulullah SAW segera ingin menemuinya. Kerana rasa kegembiraan yang tidak terkira, sehingga membuatkan Rasulullah SAW terlupa memakai serbannya

Setelah bertemu dengan Ikrimah, baginda pun duduk. Ketika itu Ikrimah berserta dengan isterinya berada di hadapan Rasulullah SAW Ikrimah lalu berkata: “Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah.”

Mendengar ucapan Ikrimah itu, Rasulullah SAW sangat merasa gembira, selanjutnya Ikrimah kembali berkata: “Wahai Rasulullah, ajarkanlah sesuatu yang baik yang harus aku ucapkan.”

Rasulullah SAW menjawab: “Ucapkanlah bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya. Ikrimah kembali bertanya: “Selepas itu apa lagi?” Rasulullah menjawab: “Ucapkanlah sekali lagi, aku bersaksi bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.” Ikrimah pun mengucapkan apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW selepas itu baginda bersabda: “Jika sekiranya pada hari ini kamu meminta kepadaku sesuatu sebagaimana yang telah aku berikan kepada orang lain, nescaya aku akan mengabulkannya.”

Ikrimah berkata: “Aku memohon kepadamu ya Rasulullah, supaya engkau berkenan memohonkan ampunan untukku kepada Allah atas setiap permusuhan yang pernah aku lakukan terhadap dirimu, setiap perjalanan yang aku lalui untuk menyerangmu, setiap yang aku gunakan untuk melawanmu dan setiap perkataan kotor yang aku katakan di hadapan atau di belakangmu.”

Maka Rasulullah SAW pun berdoa: “Ya Allah, ampunilah dosanya atas setiap permusuhan yang pernah dilakukannya untuk bermusuh denganku, setiap langkah perjalanan yang dilaluinya untuk menyerangku yang tujuannya untuk memadamkan cahaya-Mu dan ampunilah dosanya atas segala sesuatu yang pernah dilakukannya baik secara langsung berhadapan denganku mahupun tidak.”

Mendengar doa yang dipohon oleh Rasulullah SAW itu, alangkah senangnya hati Ikrimah, maka ketika itu juga ia berkata: “Ya Rasulullah! Aku bersumpah demi Allah, aku tidak akan membiarkan satu dinar pun biaya yang pernah aku gunakan untuk melawan agama Allah, melainkan akan aku ganti berlipat ganda demi membela agama-Nya. Begitu juga setiap perjuangan yang dahulu aku lakukan untuk melawan agama Allah, akan aku ganti dengan perjuangan yang berlipat ganda demi membela agama-Nya, aku akan ikut berperang dan berjuang sampai ke titisan darah yang terakhir.”

Demikianlah keadaan Ikrimah, setelah ia memeluk Islam, ia sentiasa ikut dalam peperangan hingga akhirnya ia terbunuh sebagai syahid. Semoga Allah berkenan melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya kepada Ikrimah.

Dalam riwayat yang lain pula diceritakan, bahawa ketika terjadinya Perang Yarmuk, Ikrimah juga ikut serta berperang sebagai pasukan perang yang berjalan kaki, pada waktu itu Khalid bin Walid mengatakan: “Jangan kamu lakukan hal itu, kerana bahaya yang akan menimpamu adalah lebih besar!”

Ikrimah menjawab: “Kerana kamu wahai Khalid telah terlebih dahulu ikut berperang bersama Rasalullah SAW, maka biarlah hal ini aku lakukan!”

Ikrimah tetap meneruskan niatnya itu, hingga akhirnya ia gugur di medan perang. Pada waktu Ikrimah gugur, ternyata di tubuhnya terdapat lebih kurang tujuh puluh luka bekas tikaman pedang, tombak dan anak panah. Abdullah bin Mas’ud pula berkata: Di antara orang-orang yang termasuk dalam barisan Perang Yarmuk adalah Haris bin Hisyam, Ikrimah bin Abu Jahal dan Suhail bin Amar. Di saat-saat kematian mereka, ada seorang sahabat yang memberinya air minum, akan tetapi mereka menolaknya. Setiap kali air itu akan diberikan kepada salah seorang dari mereka yang bertiga orang itu, maka masing-masing mereka berkata: “Berikan saja air itu kepada sahabat di sebelahku.” Demikianlah keadaan mereka seterusnya, sehingga akhirnya mereka bertiga menghembuskan nafas yang terakhir dalam keadaan belum sempat meminum air itu.

Dalam riwayat yang lain pula ditambahkan: “Sebenarnya Ikrimah bermaksud untuk meminum air tersebut, akan tetapi pada waktu ia akan meminumnya, ia melihat ke arah Suhail dan Suhail pun melihat ke arahnya pula, maka Ikrimah berkata: “Berikanlah saja air minum ini kepadanya, barangkali ia lebih memerlukannya daripadaku.” Suhail pula melihat kepada Haris, begitu juga Haris melihat kepadanya. Akhirnya Suhail berkata: “Berikanlah air minum ini kepada siapa saja, barangkali sahabat-sahabatku itu lebih memerlukannya daripadaku.” Begitulah keadaan mereka, sehingga air tersebut tidak seorangpun di antara mereka yang dapat meminumnya, sehingga mati syahid semuanya. Semoga Allah melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya kepada mereka bertiga. Amin.”

Balasan Bagi Penghuni Syurga

Bersanding dengan Bidadari
Diceritakan dari Abdul Wahid bin Zaid yang berkata: Dahulu aku pernah naik sebuah perahu. Tiba-tiba bertiuplah angin ribut, sehingga kami semua terdampar di sebuah pulau. Di sana aku sempat menjumpai seorang lelaki penyembah berhala. Kami kemudian bertanya kepadanya, “Wahai Fulan! Siapakah yang sedang kamu sembah itu?” Lelaki itu kemudian menunjuk ke sebuah berhala, dan kami kembali bertanya, “Di perahu, kami mempunyai seorang teman yang biasa membuat benda seperti ini (berhala). Akan tetapi, benda ini bukanlah merupakan sembahan sepertimana Tuhan!” “Lalu, siapa yang kalian sembah?” tanya lelaki penyembah berhala itu. “Allah,” jawab kami. “Siapa Allah itu?” tanyanya. “Zat di mana Arasy-Nya ada di langit, kekuasaan-Nya ada di bumi dan keputusan-Nya berlaku bagi yang masih hidup serta yang telah mati,” jawab kami semua. “Bagaimana kalian dapat mengenali-Nya?” tanya lelaki itu lagi. “Tuhan kami telah mengutus seorang utusan yang mulia dan beliaulah yang menerangkan semua itu,” jawab kami. “Lalu, apa yang dilakukan oleh utusan itu?” tanyanya. “Beliau telah menyampaikan risalahnya dan kemudian beliau pun wafat,” jawab kami serentak. “Apakah beliau tidak meninggalkan sebuah bukti kepada kalian?” tanya lelaki penyembah berhala itu. “Ya, beliau meninggalkan kitab Allah,” jawab kami lagi. “Tolong perlihatkan kepadaku kitab Allah itu, aku yakin kitab-kitab Allah itu indah sekali,” kata lelaki tadi. Kami pun mengambilkan sebuah mushaf. Setelah melihatnya, dia berkata, “Aku tidak pernah tahu kitab ini!” Kami lalu membacakan sebuah surah Al-Qur’an dan ketika kami membacanya, dia pun menangis hingga kami selesai membaca satu surah. Selepas kami membacanya, dia pun berkata, “Sudah selayaknya Pemilik kalam ini tidak diderhakai.” Akhirnya lelaki penyembah berhala itu pun masuk Islam, dan ikut bersama kami. Kami ajarkan hukum-hukum Islam serta sebahagian surah-surah Al-Qur’an kepadanya. Saat malam tiba, selepas melakukan solat Isyak, kami merebahkan diri di pembaringan, lelaki itu kemudian berkata, “Wahai saudaraku! Apakah Tuhan yang telah kalian tunjukkan kepadaku ini ketika malam tiba Dia juga tidur?” “Tidak, wahai hamba Allah! Dia adalah Maha Besar, Maha Berdiri sendiri dan tidak akan pernah tidur,” jawab kami semua. “Kalau begitu. orang paling buruk adalah kalian semua. Kalian semua tidur, sedang Tuhan kalian tidak pernah tidur,” kata lelaki tadi. Kami semua kagum oleh kata-katanya itu, maka ketika kami sampai di daerah Ubbadan, hal ini kuberitahukan kepada teman-temanku, “Dia baru saja masuk agama Islam.” Kami mengumpulkan beberapa keping wang dirham, selanjutnya kami berikan kepadanya. Saat kami serahkan, dia berkata, “Apa ini?” “Kami berikan ini kepadamu,” jawab kami. “Laa ilaaha illallaah, kalian telah menunjukkan aku ke sebuah jalan yang selamanya belum pernah kalian lalui. Dahulu aku berada di sebuah jazirah dengan menyembah berhala, tetapi berhala itu tidak pernah membuat aku hidup miskin. Maka sekarang tidak mungkin Tuhan yang aku sembah ini akan membuat aku susah, sedang aku sendiri mengingati-Nya siang dan malam,” kata lelaki itu. Selang beberapa hari, aku mendapat khabar bahawa lelaki itu menderita sakit parah. Aku datang menjenguk dan bertanya kepadanya, “Adakah yang dapat kubantu untukmu?” “Yang dapat membantuku adalah orang yang bersama kalian ke jazirah tempat tinggalku,” demikian jawabnya. Pada saat itu mataku terasa mengantuk sekali hingga akhirnya aku pun tertidur di sisinya. Di dalam tidur aku bermimpi bahawa di makam Ubbadan ada sebuah taman dan di taman itu ada sebuah kubah. Di dalam kubah tersebut ada sebuah pembaringan. Di atasnya duduk seorang bidadari jelita yang belum pernah kulihat sebelumnya. Gadis itu kemudian berkata, “Demi Allah, aku memohon kepadamu agar dia datang secepatnya. Sungguh, aku telah rindu kepadanya!” Aku pun terbangun dan ternyata setelah kuamati lelaki itu sudah meninggal dunia. Aku ikut merawat jenazahnya, mulai dari memandikan, mengafani, menyembahyangkan dan seterusnya menguburkannya. Tengah malam aku bermimpi bertemu dengan lelaki itu, dia berada dalam kubah bersanding dengan bidadari yang kujumpai dalam mimpiku sebelumnya. Aku dengar lelaki itu sedang membaca ayat yang bermaksud: ....sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu; (sambil mengucapkan), “Salamun ‘alaikum bima shabartum (salam sejahtera buat kalian semua atas kesabaran kalian semua).” Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (Ar-Ra’d: 23-24)
Penduduk Syurga
Di dalam kitab Al-Multaqith diceritakan, bahawa sebahagian bangsa Alawiyah ada yang bermukim di daerah Balkha. Ada sebuah keluarga yang terdiri dari sepasang suami isteri dengan beberapa anak wanita mereka. Keadaan keluarga tersebut serba kekurangan. Ketika suaminya meninggal dunia, isteri beserta anak-anak wanitanya meninggalkan kampung halamannya pergi ke Samarkand untuk menghindari ejekan orang ramai di sekitarnya. Kejadian tersebut berlaku pada musim sejuk. Saat mereka telah memasuki kota, si ibu mengajak anak-anaknya singgah di masjid, sementara dirinya pergi untuk mencari sesuap nasi. Di tengah perjalanan si ibu berjumpa dengan dua kelompok orang, yang satu dipimpin oleh seorang Muslim yang merupakan tokoh di kampung itu sendiri, sedang kelompok satunya lagi dipimpin oleh seorang Majusi, pemimpin kampung itu. Si ibu tersebut lalu menghampiri tokoh tersebut dan menjelaskan mengenai dirinya serta berkata, “Aku mohon agar tuan berkenan memberiku makanan untuk keperluan malam ini!” “Tunjukkan bukti-bukti bahawa dirimu benar-benar bangsa Alawiyah,” kata tokoh orang Muslim di kampung itu. “Di kampung tidak ada orang yang mengenaliku,” kata ibu tersebut. Sang tokoh itu pun akhirnya tidak menghiraukannya. Seterusnya dia hendak memohon kepada si Majusi, pemimpin kampung tersebut. Setelah menjelaskan tentang dirinya dengan tokoh kampung, lelaki Majusi lalu memerintahkan kepada salah seorang anggota keluarganya untuk datang ke masjid bersama si ibu itu, akhirnya dibawalah seluruh keluarga janda tersebut untuk tinggal di rumah Majusi yang memberinya pula pelbagai perhiasan serba indah. Sementara tokoh masyarakat yang beragama Islam itu bermimpi seakan-akan hari Kiamat telah tiba dan panji kebenaran berada di atas kepala Rasulullah SAW. Dia pun sempat menyaksikan sebuah istana tersusun dari zamrud berwarna hijau. Kepada Rasulullah SAW. dia lalu bertanya, “Wahai Rasululah! Milik siapa istana ini?” “Milik seorang Muslim yang mengesakan Allah,” jawab baginda. “Wahai Rasulullah, aku pun seorang Muslim,” jawabnya. “Cuba tunjukkan kepadaku bahawa dirimu benar-benar seorang Muslim yang mengesakan Allah,” sabda Rasulullah SAW. kepadanya. Tokoh di kampung itu pun bingung atas pertanyaan baginda, dan kepadanya Rasulullah SAW. kemudian bersabda lagi, “Di saat wanita Alawiyah datang kepadamu, bukankah kamu berkata kepadanya, “Tunjukkan mengenai dirimu kepadaku!” Kerananya, demikian juga yang harus kamu lakukan, iaitu tunjukkan dahulu mengenai bukti diri sebagai seorang Muslim kepadaku!” Sesaat kemudian lelaki muslim itu terjaga dari tidurnya dan air matanya pun jatuh berderai, lalu dia memukuli mukanya sendiri. Dia berkeliling kota untuk mencari wanita Alawiyah yang pernah memohon pertolongan kepadanya, hingga dia mengetahui di mana kini wanita tersebut berada. Lelaki Muslim itu segera berangkat ke rumah orang Majusi yang telah menampung wanita Alawiyah beserta anak-anaknya. “Di mana wanita Alawiyah itu?’ tanya lelaki Muslim kepada orang Majusi. “Ada padaku,” jawab si Majusi. “Aku sekarang menghendakinya,” ujar lelaki Muslim itu. “Tidak semudah itu,” jawab lelaki Majusi. “Ambillah wang seribu dinar dariku dan kemudian serahkan mereka padaku,” desak lelaki Muslim. “Aku tidak akan melepaskannya. Mereka telah tinggal di rumahku dan dari mereka aku telah mendapatkan berkatnya,” jawab lelaki Majusi itu. “Tidak boleh, engkau harus menyerahkannya,” ujar lelaki Muslim itu seolah-olah mengugut. Maka, lelaki Majusi pun menegaskan kepada tokoh Muslim itu, “Akulah yang berhak menentukan apa yang kamu minta. Dan istana yang pernah kamu lihat dalam mimpi itu adalah diciptakan untukku! Adakah kamu mahu menunjukkan keislamanmu kepadaku? Demi Allah, aku dan seluruh keluargaku tidak akan tidur sebelum kami memeluk agama Islam di hadapan wanita Alawiyah itu, dan aku pun telah bermimpi sepertimana yang kamu mimpikan, serta Rasulullah SAW. sendiri telah pula bersabda kepadaku, “Adakah wanita Alawiyah beserta anaknya itu padamu?” “Ya, benar,” jawabku. “Istana itu adalah milikmu dan seluruh keluargamu. Kamu dan semua keluargamu termasuk penduduk syurga, kerana Allah sejak zaman azali dahulu telah menciptakanmu sebagai orang Mukmin,” sabda baginda kembali.
Istana Mutiara Berwarna Merah
Bersumber dari Khatan Abu Imran Al-Lu’lu’i. Dia adalah seorang soleh yang suka melayani orang-orang fakir dan rumahnya selalu terbuka bagi sesiapa pun. Suatu ketika ada sekelompok kaum bertamu ke rumahnya, dia lalu segera menghadap kepada seorang hakim agar memberi sesuatu kepadanya yang akan digunakan untuk menjamu para tetamunya itu. Akan tetapi, sang hakim tersebut tidak memberikan sesuatu pun kepadanya. Demikianlah, Khatan pun akhirnya pergi menemui seorang Yahudi dan orang Yahudi itu ternyata mengabulkan permintaannya dan dengan segera mengirimkan sesuatu yang diperlukan oleh Khatan dalam menjamu tetamunya. Ketika sang hakim tidur, dia bermimpi seakan-akan dia sedang berdiri di depan sebuah pintu gerbang sebuah istana yang terbuat dari mutiara berwarna merah. Saat melangkahkan kakinya, hendak memasuki istana tersebut, tiba-tiba dia dihadang dan dilarang memasukinya. Lalu dikatakan kepadanya: “Sebenarnya istana ini milikmu, akan tetapi sekarang telah diserahkan kepada si Fulan yang beragama Yahudi itu.” Pada keesokan harinya, hakim itu bergegas pergi ke rumah Khatan Abu Imran untuk meminta keterangan tentang apa yang telah dilakukannya setelah ditolak beberapa waktu sebelumnya. Setelah memberitahukannya, sang hakim itu kemudian bergegas menemui orang Yahudi sebagaimana telah disebutkan oleh Khatan. Sang hakim berkata kepada orang Yahudi itu, “Kamu telah mempunyai istana di syurga. Adakah kamu mahu menjualnya dengan harga sepuluh ribu dirham?” “Tidak,” jawabnya tegas. Hakim itu berusaha menaikkan harga tawarannya, namun demikian, orang Yahudi tersebut tetap pada pendiriannya untuk tidak menjualnya. Dan akhirnya hakim itu minta kepadanya untuk menceritakan kisah yang dialaminya, dan si Yahudi itu akhirnya menceritakan kisahnya. Orang Yahudi itu lalu berkata kepada Khatan Abu Imran, “Ajarilah aku akan agama Islam!” Demikianlah, ditinggalkannya agama Yahudi yang dianutinya dan kemudian dia masuk Islam dengan yakin dan ikhlas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...