Monday, January 2, 2012

PENGENALAN RINGKAS KITAB RIYADHUS SOLIHIN

Kitab Riyadus Solihin dikarang oleh Muhyiddin Abu Zakaria bin Yahya bin Syirfu al-Nawawi. Digelar sebagai al-Nawawi kerana dilahirkan di Nawa dalam wilayah Damsyiq Syria pada 631 Hijrah. Beliau merupakan tokoh yang penting di dalam mazhab Syafie. Beliau mula menghafal al-Quran sejak kecil lagi. Pada tahun 649 Hijrah ketika umurnya 19 tahun, beliau datang ke kota Damsyiq untuk belajar. Di sana beliau memasuki madrasah al-Ruwahiyyah dan mula menghafal beberapa kitab fiqh, antaranya kitab al-Tanbih dalam tempoh empat bulan setengah dan kitab al-Muhazzab di dalam bahagian ibadat. Di antara guru-gurunya ialah Abdul Aziz bin Muhammad al-Ansari, Zainuddin bin Abdul Daim, Zainuddin Khalq bin Yusof, Taqiuddin bin Abi al-Yassir dan lain-lain. Pengenalan Ringkas Kitab Riadhus-Salihin 'Riyadh' di dalam bahasa Melayu bermakna taman. Manakala 'Solihin' sebagaimana yang diketahui umum ialah orang-orang soleh. Oleh yang demikian, judul kitab yang diletakkan sendiri oleh Imam Nawawi ini bermaksud "Taman Orang-orang Soleh".

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...