Wednesday, April 28, 2010

MEMBUANG DAN MEMUNGUTNYA




Walaupun artikel ini agak panjang, akan tetapi aku tetap ingin menyampaikannya sebagai pengajaran kepada kita.Kes pembuangan anak(bayi) merupakan isu yang sangat serius yang tidak boleh dianggap sebagai isu pinggiran. Ia adalah antara rentetan gejala sosial yang sangat membimbangkan.Adakah "2010" sebagai tahun "pengguguran anak luar nikah" ??

Berbagai cara dilakukan ke atas anak(bayi) yang tidak berdosa itu. Ada yang disimpan dalam kotak dan ditinggalkan di kawasan pelupusan sampah, ada yang diletakkan di kawasan kebun orang dalam keadaan dikerumuni oleh semut dan ada pula yang dihanyutkan ke sungai. Hasil tindakan kejam itu menyebabkan anak(bayi) tersebut terdedah kepada bahaya dan kematian.

Perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab itu, bukan setakat sanggup membuang anak(bayi) atau langsung membunuhnya selepas dilahirkan, bahkan sebelum kanak-kanak itu dilahirkan pun ada berbagai percubaan yang dilakukan untuk membunuhnya, seperti menggugurkannya daripada kandungan.

ZAMAN JAHILIAH

Sebelum kedatangan Islam, orang-orang Arab di zaman Jahiliah membunuh anak-anak perempuan mereka dengan menanam mereka hidup-hidup, kerana berasa malu beroleh anak perempuan. Hal ini ada diceritakan dalam Al-Qur’an melalui

firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya: "Dan apabila seseorang daripada mereka diberi khabar dengan(kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya dan dia sangat marah. Dia menyembunyikan dirinya daripada orang banyak, disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)? Ketahuilah, alangkah
buruknya apa yang mereka tetapkan itu."

(Surah An-Nahl: 58-59)

Tersebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ad-Darimi bahawa pada suatu hari seorang lelaki datang menemui Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam menceritakan betapa dahsyat perbuatannya pada zaman jahiliah. Dia berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami ini pada zaman jahiliah adalah penyembah berhala dan menjadi pembunuh anak kami. Aku sendiri mempunyai seorang anak perempuan. Setelah dia menjadi gadis kecil, dia gembira dengan ajakanku apabila aku mengajaknya. Maka pada suatu hari aku mengajaknya dan dia menuruti aku. Lalu aku membawanya ke sebuah perigi kepunyaan kaum kami yang tidak begitu jauh dari kediaman kami. Kemudian aku membawanya ke pinggir perigi itu untuk melihat ke dalamnya. Setelah kepalanya terjulur ke dalam, terus aku angkat ke dua kakinya dan aku lemparkan dia ke dalam. Ketika aku meninggalkannya masih lagi kedengaran dia memanggil-manggil: "Ayah, ayah!."

Mendengar ceritanya itu dengan tidak disedari menitislah air mata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Lalu berkata salah seorang yang berada dalam majlis itu: "Cukuplah, engkau telah membuat Rasulullah bersedih hati."
Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Biarkan dia, dia menceritakan hal itu kerana tekanan batinnya yang mendalam."

Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda pula kepada lelaki itu: "Teruskanlah ceritamu itu." Maka orang itu pun melanjutkan ceritanya dan Rasulullah pula terus menitiskan air mata hingga ke atas janggut Baginda. Kemudian Baginda bersabda kepada lelaki itu: "Sesungguhnya Allah telah menghapuskan dosa-dosa zaman jahiliah itu dengan masukmu ke dalam Islam. Mulakanlah penghidupanmu dengan membuat amalan yang baik."

Demikianlah perbuatan orang-orang Arab di zaman jahiliah, di mana mereka membunuh anak-anak perempuan mereka kerana takut menanggung malu.

PEMBUNUHAN ANAK(BAYI) DI ZAMAN SEKARANG

Jika kita lihat dan bandingkan antara perbuatan orang-orang Arab di zaman jahiliah dan zaman sekarang tidak banyak bezanya dalam percubaan membunuh anak(bayi). Akan tetapi di zaman sekarang ini lebih dahsyat lagi kerana orang yang membuang anak(bayi) itu tidak akan memilih apa pun jantinanya, sama ada anak itu lelaki atau perempuan. Pada kebiasaannya mereka akan meninggalkan anak(bayi) itu terbiar begitu sahaja. Berbanding dengan orang-orang zaman jahiliah di mana mereka membuang anak-anak perempuan mereka sahaja atau menanamnya hidup-hidup sehingga mati iaitu dikubur dan tidak dibiarkan. Perbuatan zaman sekarang ini nampak lebih zalim dan lebih jahat
lagi kerana memanjangkan tempoh penganiayaan dan penderitaan terhadap anak(bayi) berkenaan.

Sungguh pun zaman sekarang ini pengajian dan penerangan mengenai hukum-hakam Islam tersebar luas, ditambah lagi dengan suasana keIslaman yang wujud, tetapi gejala ini masih terjadi juga. Walaupun hanya seorang dua, tetapi cukup menyeramkan dan menyayat hati dan lain-lain perasaan yang tidak boleh digambarkan dan dilukiskan dengan kata-kata. Di manakah silapnya sehingga syiar Islam yang tersebar luas itu tidak membawa kesan apa-apa kepada mereka.

HUKUM PEMBUANGAN DAN PENGGUGURAN ANAK

Sejak mula janin berada di dalam kandungan ibu, Islam sudah melindunginya. Para ulama menegaskan bahawa pengguguran kandungan sesudah janin ditiupkan roh (diberi nyawa), hukumnya adalah haram dan merupakan suatu tindakan jenayah yang tidak halal bagi seorang manusia melakukannya.

Al-Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Al-Ihya, ketika membezakan antara mencegah kehamilan dan pengguguran kandungan, beliau telah menegaskan bahawa mencegah kehamilan adalah berbeza dengan pengguguran dan pembunuhan, kerana apa yang dikatakan pengguguran dan pembunuhan itu merupakan suatu jenayah terhadap manusia yang sudah wujud. Kewujudan anak itu sendiri adalah bertahap. Tahap pertama, sperma (benih jantan) bersarang dalam rahim, kemudian bercampur dengan benih perempuan, lalu siap untuk menghadapi hidup. Perlakuan merosakkannya merupakan suatu tindakan jenayah yang kejam, apatah lagi jika sperma atau nuthfah ini sudah menjadi segumpal darah dan segumpal daging.

Dalam soal kehormatan manusia ini, Islam tidak berhenti setakat melindungi dan menjaminnya ketika hayatnya sahaja, malah berlanjutan sekalipun nafas manusia itu terhenti (sudah mati), kehormatannya tetap dilindungi, di mana Islam meletakkan fardhu kifayah kepada orang Islam yang hidup untuk menyempurnakan pengurusan jenazahnya dengan cara yang terhormat. Hatta selepas disemadikan digalakkan pula menziarahi pusaranya sebagaimana digalakkan menziarahinya semasa hayatnya.

Jadi aku ingin menasihati pula wanita atau gadis comel atau lelaki kacak atau teruna dara janganlah perbuatan anda boleh mengundang padah sehingga mengandungkan anak luar nikah dan yang lebih menyedihkan lagi mengundang kepada isu pembuangan bayi.

Mari sama2 kita merenung mesej yang ingin disampaikan didalam video dibawah ini. Haiwan yang tidak berakal juga tahu sayangkan anak walaupun bukan anak sendiri, inikan pula manusia yang berakal dan mempunyai ilmu dan didikan yang tinggi. Sungguh memalukan..



p/s : Anak itu merupakan sebuah anugerah dan pemberian daripada Allah. Hargailah pemberian daripada Allah itu dan hindarilah maksiat. Marilah sama2 kita hayati alunan zikir dibawah ini sebagai pedoman dan ikhtibar agar kita tidak terus tersesat ke lembah hina...Allahu Akhbar!!!



Monday, April 26, 2010

RASULULLAH BERTAUBAT 100 KALI SEHARI



TAUBAT adalah kembali daripada melakukan maksiat. Orang yang berdosa itu seolah-olahnya meninggalkan Allah dengan tidak taat kepada-Nya dan melanggar perintah-Nya. Maka apabila dia meninggalkan maksiat, seolah-olah dia kembali semula kepada Allah.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba, selama (nyawanya) belum sampai pada kerongkong.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah juga bersabda bermaksud: “Barang siapa bertaubat sebelum matahari terbit dari Barat, nescaya Allah menerima taubatnya.” (Hadis riwayat Muslim)Perkara ini disebabkan jika matahari terbit dari Barat maka pintu taubat serta-merta ditutup.

As-Salafu Solihu mengetahui nilai taubat, lalu mereka sentiasa melakukan taubat. Perkara ini kerana orang yang berakal apabila memiliki harta yang banyak, kemudian habis tanpa ada faedah yang kembali kepadanya, tentulah dia berasa sesal.

Begitulah umur bagaikan modul untuk membeli nikmat syurga. Alangkah ruginya umur itu hilang begitu saja tanpa bertaubat.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100kali." (Hadis riwayat Muslim).

Seorang lelaki bertanya kepada Abdullah bin Mas'ud mengenai dosa yang ditanggungnya, adakah boleh bertaubat. Abdullah berpaling daripadanya, kemudian menoleh kembali kepada lelaki itu. Dia melihat kedua-dua mata lelaki itu dengan berlinangan air mata, lalu Abdullah berkata: “Syurga itu ada lapan pintu, semuanya dibuka dan ditutup melainkan pintu taubat kerana di situ ada malaikat yang ditugaskan supaya tidak menutupnya. Maka beramallah, jangan kamu berputus asa.”

Lukman Al-Hakim pula berpesan: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya. (Kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan
katanya: “Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan (kedatangan ajal mati) ku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi daripada orang yang soleh. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya, dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai segala yang kamu kerjakan.”


Orang yang telah dimatikan, semuanya berangan-angan untuk dapat hidup sebentar supaya dia dapat bertaubat dan bersungguh-sungguh melakukan ketaatan, tetapi jauh sekali apa yang mereka inginkan.

Allah memerintahkan supaya kita melakukan taubat seperti firman-Nya bermaksud: “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah an-Nur, ayat 31)

Dan Allah menjanjikan menerima taubat serta membuka pintu pengharapan seluas-luasnya. Firman Allah bermaksud: “Katakanlah Muhammad, wahai hamba-hambaku yang melampau (menzalimi) dirinya, janganlah kamu putus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampunkan dosa semuanya, sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.” (Surah Az-Zumar, ayat 53)

Allah berfirman maksudnya: “Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai(menyintai) orang yang berbuat baik.” (Surah al-Baqarah, ayat 195).

Daripada ayat di atas, jelas bahawa Allah kasih kepada orang yang melakukan kebaikan. Orang yang baik, maknanya akhlak dan tingkah lakunya baik. Dia akan melakukan yang baik-baik saja. Ini kerana dia sedar hidup ini adalah kesempatan untuk mengumpul kebaikan.

Dengan kebaikan itu, maka turunlah rahmat Allah. Sebaliknya, Allah membenci orang yang berperi laku jahat dan berakhlak buruk. Kederhakaan manusia menyebabkan turunnya kemurkaan dan bala daripada Allah. Alangkah bahagianya jika kita mendapat kasih sayang Allah.

Dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman (bermaksud): “Aku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya, iaitu:

Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta lagi orang miskin yang pemurah.

Aku cintakan orang yang rendah hati/diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati.

Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat.


p/s : bagaimana pula dengan anda?? tepuk dada, tanyalah iman...


Sunday, March 21, 2010

EMPAT MATA BUKTI KEBENARAN AL-QURAN ~ LAPISAN PELINDUNG BUMI




Video ini mengungkap kebenaran Al-Quran dimana keajaiban
dalam mengungkap informasi yang baru dapat dibuktikan di zaman
sekarang tetapi sudah di paparkan sejak 14 abad yang silam dimana
masih belum ada teleskop, satelit, hukum fisik, kimia biologi
uraian kerana berdasar sains Ilmuan Doktor yang diakui reputasi
mereka baik Nasional mahupun Internasional dijadikan rujukan oleh
Universiti, Kampus dan Dunia pengetahuan Moden....


Serial dakwah virtual dengan fakta ilmiah yang dikabarkan Ustaz
Harun Yahya secara detail dengan analisis berdasarkan hasil
penemuan dengan teknologi terkini dimana sebagai bukti akan
kebenaran Al-Quran sebagai wahyu Tuhan yg Maha pencipta dimana
semua tergetar kerananya jika meresapi serial FENOMENA dari
Jampanx Video Ustaz gallery yg kolaborasikan videonya dengan ustaz
Yusuf Mansur Aa Gym Habib Riziq Shihab dan para ustaz yang lain...

Sama-samalah kita renungi kehebatan dan kekuasaan Allah S.W.T
ini..



Friday, January 29, 2010

FENOMENA AZAN DI DUNIA SEHINGGA HARI KIAMAT





Azan merupakan lafaz khusus yang disyariatkan oleh Islam sebagai tanda masuknya waktu solat fardhu dan menyeru seluruh umat Islam supaya berkumpul untuk mengerjakannya.Azan mula disyariatkan pada tahun pertama Hijrah. Hal ini telah terkandung di dalam sebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
daripada Ibnu Umar r.a. Pada mulanya, ketika umat Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan solat. Ketika itu tiada orang yang menyeru iaitu melaungkan azan untuk menunaikannya. Pada suatu hari, Nabi Muhammad s.a.w. telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid mengerjakan solat secara berjemaah.Dalam mesyuarat tersebut, terdapat beberapa cadangan. Antara
cadangan-cadangan tersebut :


*Mengibarkan bendera sebagai tanda masuknya waktu solat.
*Meniup trompet seperti yang biasa dilakukan oleh penganut agama Yahudi.
*Membunyikan loceng seperti yang dilakukan oleh orang-orang Nasrani.
*Menyalakan api di atas bukit.


Nabi Muhammad s.a.w. menolak kesemua cadangan yang diberikan. Kemudian,
Umar al-Khattab mencadangkan agar diteriakkan ucapan “Telah masuk waktu solat“. Cadangan beliau ini telah diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w. tetapi Baginda menukar lafaz itu dengan lafaz “Assolatu jami’ah” yang bererti “Marilah solat berjemaah“.



Pada suatu malam, Abdullah bin Zaid telah bermimpi tentang seorang lelaki yang datang kepadanya dengan membawa loceng. Abdullah memohon agar loceng itu dijual kepadanya. Pembawa loceng bertanya, “Untuk apakah tuan gunakan loceng ini?“. Abdullah menjawab, “Kami akan bunyikan loceng ini untuk memberitahu orang ramai bahawa telah masuknya waktu solat“. Apabila mendengar jawapan tersebut, pembawa loceng itu berkata, “Mahukah tuan jika saya tunjukkan cara yang lebih baik untuk memberitahu masuknya waktu solat?“. Abdullah menjawab, “Itu baik sekali“. Lalu pembawa loceng itu berkata, “Kumandangkanlah Allahu Akbar dan lafaz-lafaz azan yang
seterusnya“. Pada keesokan harinya, Abdullah bin Zaid menemui Nabi Muhammad s.a.w. memberitahu perihal mimpinya itu. Kemudian Baginda bersabda, “Mimpimu itu mimpi yang benar“. Nabi Muhammad s.a.w. kemudiannya memerintahkan Bilal bin Rabah melaungkan kalimah-kalimah azan tersebut.Ketika Bilal hendak melaungkan azan, Umar pula datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan menceritakan bahawa beliau juga bermimpi seperti yang dialami oleh Abdullah bin Zaid.


Lafaz-lafaz azan yang didengar oleh Abdullah bin Zaid dan juga Umar bin al-Khattab dalam mimpi masing-masing sama dengan lafaz-lafaz azan yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.. Namun begitu, mimpi-mimpi tersebut bukanlah menjadi dasar pensyariatan azan kerana secara kebetulan sahaja lafaz-lafaz azan yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai persamaan dengan mimpi kedua-dua sahabat tadi.


Perihal azan bukan sahaja melalui mimpi bahkan ia diperkuatkan lagi dengan penerimaan wahyu. Al-Bazzar meriwayatkan bahawa:



“Nabi Muhammad s.a.w. pada malam isra’ mikraj telah diperlihat dan diperdengarkan azan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka yang turut sama berjemaah ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s.. Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi“.


Menurut pendapat sesetengah ulama’, terdapat beberapa adab dan tertib dalam melaksanakan azan. Antaranya ialah:


*Mu’azzin tidak harus menerima upah apabila melaksanakan tugasnya
*Mu’azzin harus suci daripada hadas kecil, hadas besar dan najis
*Mu’azzin hendaklah mengadap kiblat ketika melaungkan azan
Ketika membaca “hayya ‘ala as-salah“, mu’azzin hendaklah mengadapkan muka
dan dadanya ke sebelah kanan dan ketika membaca “hayya ‘ala al-falah“,mengadapkan
muka dan dada ke sebelah kiri
*Mu’azzin hendaklah memasukkan dua jarinya ke dalam kedua telinga
*Suara mu’azzin hendaklah nyaring
*Mu’azzin tidak boleh bercakap ketika melaungkan azan
*Orang-orang yang mendengar azan hendaklah menyahutnya secara
perlahan-lahan dengan lafaz yang diucapkan oleh mu’azzin, kecuali pada
lafaz “hayya ‘ala as-salah” dan “hayya ‘ala al-falah“. Kedua-duanya disahut
dengan “la haula wala quwwata illa bi Allah” yang bermaksud “tiada daya dan
kekuatan kecuali daripada Allah“.
*Setelah selesai azan, mu’azzin dan yang mendengar azan hendaklah berdoa:“Allahumma
rabba hazihi ad-da’wah at-tammah wa as-salati al-qa’imah, ati Muhammadan al-wasilah
wa al-fadhilah wab’athhu maqaman mahmudan allzi wa’adtah” yang bermaksud “Wahai
Allah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang sedang
didirikan, berikanlah kepada Nabi Muhammad kurnia dan keutamaan serta kedudukan
yang terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya” (Riwayat Bukhari)



Terdapat satu fenomena yang luar biasa tentang azan. Azan di dunia ini bersahutan tanpa henti dan akan terus berkumandang sehingga ke akhir zaman. Ada yang mengatakan bahawa jika berhentinya sambungan azan (salah 1 tanda besar kiamat), maka akan keluarlah yakjuj dan makjuj yang dikatakan akan menghancurkan dunia pada akhir zaman. Selagi azan berkumandang,tembok yang mereka gali akan tertimbus balik. Wallahualam. Hayatilah rakaman video di bawah.


Thursday, January 7, 2010

The Golden Number & Holy City Of Mecca

Dalam kehidupan seharian sejak zaman purbakala manusia selalu berusaha mencari hakikat kebenaran mengenai hal-hal yang bersifat hakiki, seperti masalah Tuhan, kematian, hidup sesudah mati, cinta dan lain-lain. Manusia berusaha mengerti dan menaklukan alam semesta yang penuh dengan misteri. Sampai zaman yang diwarnai dengan kecanggihan teknologi saat ini, perasaan untuk mengerti dan memahami rahsia-rahsia alam semesta termasuk rahsia mengenai dirinya sendiri.

Wednesday, November 25, 2009

Sai Baba - Tanda akhir zaman?




Salah satu tanda akhir zaman yang akhir-akhir ini cukup menyedot
perhatian adalah kehadiran seorang bernama Sai Baba, dia lahir dan
tinggal di Desa Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, tepatnya
India Selatan.
Rasulullah saw bersabda kepada kami, Dajjal akan keluar dari
bumi ini dibagian timur bernama Khurasan (Jamiu at Tirmidzi).

Abû Hurayrah meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda:"Hari
Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan
Rasul-Nya. "

Boleh jadi Sai Baba ini adalah salah satu dari 30 dajal-dajal kecil yang akan membuka jalan bagi munculnya
al-Masîh al-Dajjâl (Dajjal nantinya akan berperang dengan imam mahdi dan di bunuh oleh nabi Isa as).
wallahu al'am..

Laki-laki ini memiliki kemampuan menghidupkan orang mati,
menyembuhkan orang lumpuh dan buta, bahkan mampu menurunkan hujan dan
mengeluarkan tepung dari tangannya. Ia juga mampu berjalan melintasi
belahan bumi dalam sekejap, menciptakan patung emas, merubah besi
menjadi emas, dan banyak lagi berbagai fitnah yang ditunjukkan oleh
Sai Baba kepada ribuan orang - bahkan - jutaan yang datang dari
berbagai suku bangsa dan agama. Saat ini laki-laki ini sudah memiliki puluhan juta pengikut..
Maka sudah saatnya bagi setiap muslim untuk mengetahui masalah ini, agar dirinya tidak menjadi korban
berikutnya dari fitnah Sai Baba ini.

"Dajjal adalah seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan
berambut keriting..." (HR.Bukhari dan Muslim)

"Diawal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak
ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku
adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian
sehingga kalian mati (HR.Ibnu Majah)








Antara DAJJAL dan SAI BABA
1) Dajjal seorang laki yang berpostur pendek, gempal, berambut kribo,
berkaki bengkok (agak pengkor). Sai Baba seorang yang berpostur
pendek dan berambut kribo.

2) Dajjal memiliki mata yang buta. Sai Baba pernah mengalami kebutaan
di waktu muda kemudian sembuh kembali.

3) Dajjal datang dan bersama ada gunung roti dan sungai air. Sai Baba
memiliki kemampuan mengeluarkan vibhuti (tepung suci) dari udara
melalui tangannya.

4) Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat lain
dengan depat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan
yang ditiup angin kencang. Sai Baba memiliki kemampuan berjalan
menjelajahi bumi dalam hitungan kejapan mata.

5) Dajjal mengikuti pengikut yang sangat banyak, bahkan di akhir zaman
nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal.
Sai Baba memiliki pengikut yang jumlahnya puluhan juta manusia dari
berbagai macam suku, bangsa, negara dan agama.

6) Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak/ baik,
sehingga banyak sekali orang yang tertarik untuk mengikutinya. Sai
Baba mengaku sebagai orang yang bijak yang membawa misi perdamaian,
cinta kasih menghapuskan segala persengketaan dengan bijaksana.

7) Dajjal akan muncul dan sebagai nabi. Sai Baba memposisikan dirinya
sebagai nabi kepada pengikut2nya.

8) Dajjal akan menggunakan nama Al-Masih. Sai Baba mengaku akan
menjelma sebagai Isa Al-Masih setelah tahun 2020.

9) Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan. Sai Baba mengaku bahawa dirinya
adalah Tuhan penguasa alam semesta.

10) Dajjal akan mendakwahkan agama Allah. Dalam banyak majlis
darshanya Sai Baba banyak berbicara tentang Islam, Al-Qur'an dan
keharusan untuk memahaminya.

11) Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit.
Sai Baba memiliki kemampuan menghidupkan orang mati juga menyembuhkan
penyakit kanker.

12) Dajjal dapat menurunkan hujan. Sai Baba memiliki kemampuan
menurunkan hujan dan mendatangkan air untuk irigasi (di NTT sedang di
bangun proyek Sai Baba untuk pengairan di daerah yang kering).

13) Dajjal mampu mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari
bangunan yang roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikuti ratunya.
Sai Baba mampu menciptakan patung emas, kalung emas, injil mini dan
berbagai bentuk medalai berlafadz ALLAH dalam sekejap.

14) Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali. Sai
Baba mampu menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia.

15) Dajjal mampu berpindah raga dan tempat dari satu bentuk ke bentuk
lainnya. Sai Baba mampu berpindah dari satu jasad ke jasad lainnya
yang merupakan benruk reinkarnasi dirinya.

16) Dajjal mampu membesarkan tubuhnya. Sai Baba memliki kemampuan
berjalan di udara dan membuat kemukjizatan pada sebuah pesawat terbang.

17) Dajjal biasa keluar masuk pasar dan makanan. Sai Baba juga manusia
biasa yang makan dan minum sebagaimana manusia lainnya, ia juga mampu
berjalan ke pasar, rumah sakit, proyek irigasi dan tempat lain yang
biasa dikunjungi manusia.

18) Dajjal mampu memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tumbuh2an dan
air. Sai baba mampu mengeluarkan air dengan hentakan kakinya.

19) Dajjal tidak memiliki anak. Sai Baba mandul, ia tidak beranak dan
tidak berkeluarga (tidak menikah).

20) Dajjal memimpin orang yahudi. Sai Baba memiliki misi menyebarkan
teologi zionis.

21) Dajjal muncul di zaman pertikaian. Sai Baba menjelaskan bahawa ia
datang dari masa banyak pertikaian dan persengketaan, dan
kedatangannya untuk menegakkan kebenaran dan membinasakan kejahatan









wahai kaum muslimin, apa lagi yang kita tunggu,
marilah segera kita kembali kepada Allah dan rasulnya.

"Jika salah seorang diantara kalian telah menyelesaikan bacaan tasyahhud
akhirnya, hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat hal.
Hendaknya ia berkata : 'Ya Allah, aku memohon perlindungan pada Mu dari
siksa Neraka Jahannam, adzab kubur, fitnah (cubaan) hidup dan mati serta
dari keburukan fitnah Dajjal."

Monday, November 9, 2009

Keajaiban Tuhan - Awan Lindungi Pesawat Ulama'

"Para ulama adalah pewaris para Nabi dan bahawasanya
para Nabi tidak mewariskan harta berupa dinar dan
dirham akan tetapi yang diwariskan mereka hanyalah
ilmu maka barangsiapa yang mengambilnya bererti telah
mengambil bahagian terbesar (dari warisan mereka) ."
(Riwayat Abu Daud. Disahihkan oleh Al-Albani)



AIR MATA PALESTINA

subhanallah.. kekejaman israel trhdp umt islam xakn
prnah brakhir smpai pnghujungnya krn diri org islam
sndiri yg xbrsatu.ats prbezaan fhmn politik dll kenapa
kita brpecah? bukankah bersatu teguh,bercerai roboh?
masing2 mengenggam api dlm sekam.luarannya kelihatan
molek tp hati? wallahualambissowab..moga Allah mencmpakkn hidayahNya kpd org yahudi utk kmbli ke jlnNya & kpd seluruh umat manusia amnya.


Friday, September 25, 2009

Solat Dalam Sudut Pandangan Sains



Logiknya Solat dalam Sudut Pandangan Sains

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif.Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita.Semasa kita solat berjemaah,kita disuru meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki.Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.
Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya
memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah
mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud
di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu a gama yang l engkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.


Sekian untuk renungan kita bersama.

Kata-kata Nasihat Ibnu Qayyim


1)Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

2)Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt.

3)Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt.

4)Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.

5)Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta senantiasa sabar sehingga menemuiNya.

6)Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

7)Sentiasa berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.

8)Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati sihamba itu.

Thursday, August 20, 2009

FADHILAT PUASA RAMADHAN

Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

FADHILAT PUASA WAJIB DAN SUNNAT SEPANJANG TAHUN

Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.

Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)

Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:


*Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga
*Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah
menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu
yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.
*Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang
susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
*Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad
dengki dan lain-lain lagi
*Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran
dalam menempuh perjuangan hidup
*Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya:
"Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."

Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang akan disebutkan nanti.

Thursday, July 2, 2009

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya​ dalam tiap-tiap sesuatu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-​rendahkan dan meringan-ringankannya.​"

Saturday, February 21, 2009

KEMENANGAN ISLAM











Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program “Malam Selamatkan Palestin” di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :
Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.
Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.
Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.
Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.
Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian puti dan melemparkan pasir ke matanya.
Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.
Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.
Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.
Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman
Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. “ (Fussilat:52).
Ustaz Halim

Thursday, January 1, 2009

SRIKANDI MUJAHIDAH DI TERATAK SAYYID QUTB

Sayyid Qutb adalah seorang tokoh yang amat mesra bagi mereka yang terjun ke medan dakwah. Penulisan-penulisannya menjadi panduan dan sumber inspirasi kepada para petugas Islam. Karangan beliau seperti Tafsir Fi Dhilal al-Quran dan Petunjuk Sepanjang Jalan, menjadi teman akrab pendakwah untuk menyalakan suluhan tarbiah Islam.Perjuangannya di dalam Ikhwan al-Muslimin bersama rakan-rakan seperti Hasan Hudhaibi, adalah lanjutan kepada momentum yang telah dicetuskan oleh pengasasnya al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna
Namun, tidak ramai yang berpeluang mengenali kehidupan Asy-Syahid Sayyid Qutb secara mendalam. Tidak banyak maklumat yang diketengahkan kepada pembaca tentang latar belakang keluarganya yang sudah tentu memberikan kesan yang besar kepada pembentukan peribadi dan kualiti diri Asy-Syahid malah kemudiannya turut terkesan dengan ketokohan Asy-Syahid itu sendiri.



Di dalam kesempatan ini, kita akan mengambil peluang untuk mengenali tokoh srikandi yang menjadi sendi penting di dalam ketokohan Asy-Syahid Sayyid Qutb itu sendiri. Semoga ia menjadi dorongan kepada wanita muslimah hari ini untuk menggembeleng peranan dan potensi mereka ke arah produksi lebih ramai insan luar biasa seperti Asy-Syahid Sayyid Qutb di tengah-tengah gelombang cabaran akhir zaman ini.


Bonda Sayyid Qutb berasal dari sebuah keluarga yang mulia. Beliau berkahwin dengan Qutb Ibrahim, ayahanda kepada Sayyid Qutb sebagai isteri kedua, tinggal bersama-sama Qutb Ibrahim seketika di Kaherah sebelum pulang ke kampung bersama keluarganya.
Bonda Sayyid Qutb mempunyai empat adik-beradik lelaki, dua daripadanya menuntut di al-Azhar asy-Syarif. Salah seorangnya dikenali sebagai Ahmad Husain Othman yang lebih dikenali sebagai Ahmad al-Moushi, nisbah kepada perkampungan Moushah. Ketika Sayyid Qutb menuntut di Kaherah, beliau tinggal bersama bapa saudaranya ini, Ahmad al-Moushi.


Sayyid Qutb dibesarkan oleh bondanya yang memiliki kesempurnaan sifat sebagai seorang wanita yang solehah dan berjiwa kental. Beliau seorang yang pemurah dan banyak bersedekah. Beliau gemar memasakkan makanan untuk pekerja-pekerjanya di ladang serta tetamu-tetamu yang datang mengaji di rumah beliau. Bonda Sayyid Qutb tidak pernah mengganggap semua ini sebagai bebanan kerana beliau menjadikan amalan ini sebagai usahanya mendekatkan diri kepada Allah SWT. Amalan seperti ini sememangnya menjadi tradisi isteri kepada pejuang-pejuang Islam khususnya di rumah-rumah dan pondok pengajian. Bukan sahaja kesetiaan menuntut ilmu dan bekerja yang terhasil malah kesemua yang bernaung di bumbung itu terikat dengan perasaan kasih sayang yang terpercik dari sifat pemurah dan penyayang wanita solehah yang menjadi srikandinya.


Bonda Sayyid Qutb juga amat gemar mendengar bacaan al-Quran malah beliau amat mudah terkesan dengan ayat-ayat yang dibacakan itu. Hal ini dijelaskan oleh Sayyid Qutb di dalam bukunya at-Tasweer al-Fanni fi al-Qur”™aan: “Setiap kali engkau asyik mendengar tilawah al-Quran dari belakang tabir oleh para Qurra”™ yang datang mengaji ke rumah kita di sepanjang bulan Ramadhan, seandainya aku tercuai dan ingin bermain-main seperti kanak-kanak yang lain, engkau akan mengisyaratkan kepadaku dengan tegas sehingga aku terdiam dan turut menyertaimu mendengar bacaan itu.Dari situlah jiwaku mula meneguk irama al-Quran walaupun dengan usiaku yang masih kecil, belum mampu memahami makna bacaan itu…
Ketika aku membesar di dalam penjagaanmu, aku telah dihantar ke Madrasah Awwaliyyah di kampung. Harapan terbesarmu kepadaku adalah supaya Allah membukakan jalan kemudahan bagiku oleh Allah untuk aku menghafaz al-Quran dan direzekikan kepadaku suara yang lunak untuk membacanya.Sesungguhnya semenjak itu aku sentiasa membacakan al-Quran bagimu di setiap masa dan setiap ketika…


Kini engkau telah pergi meninggalkanku, wahai bonda tersayang. Gambaran terakhir dirimu yang sentiasa segar di ingatanku adalah samar-samar dirimu yang sering duduk di hadapan radio, mendengar keindahan bacaan-bacaan al-Quran. Amat jelas pada lekuk-lekuk wajahmu yang mulia, tanda-tanda mendalamnya ertimu terhadap makna yang tersurat lagi tersirat kalimah al-Quran itu, dengan hatimu yang agung dan perasaan halusmu yang merenung.”� [ms 5, at-Taswir al-Fanni fi al-Quran, Dar ash-Shurooq, tanpa tarikh].


Sayyid adalah anak sulung lelaki beliau di samping anak-anaknya yang lain iaitu Aminah, Hamidah dan Muhammad. Wanita berjiwa besar ini telah membesarkan anaknya, Sayyid, dengan penuh ketelitian. Pada “Sayyid”�lah beliau letakkan segala harapan, lantas anaknya ini dibesarkan dengan iman, kemuliaan dan latihan pendedahan memikul tanggungjawab. Malah bonda Sayyid Qutb mahukan anaknya ini menjadi dewasa lebih awal dari masa biasanya. Sayyid sentiasa ditiupkan jiwa kedewasaan sehingga beliau acapkali menjauhkan diri dari suasana kebudak-kebudakan yang mengiringi zaman kanak-kanaknya.


Sesungguhnya bonda Sayyid Qutb telah menggabungkan dua unsur penting yang membina keperibadian mujahid dan mujaddid ini. Beliau limpahkan sepenuh rasa kasih sayang dan kemanjaan seorang ibu kepada anak, tetapi kasih sayang itu disiram dengan keakraban al-Quran. Kasih sayang itu bukanlah kemanjaan yang membinasakan proses pembinaan syakhsiah jati diri anaknya kerana di dalam kemanjaan itu, bonda Sayyid Qutb membina keyakinan diri yang tinggi di dalam diri anaknya supaya membesar sebagai seorang yang berjiwa tinggi.
Bonda Sayyid Qutb kembali ke rahmatullah pada tahun 1940. Kematiannya memberikan impak yang amat besar kepada Sayyid Qutb. Ia dibayangkan menerusi ungkapan beliau di dalam tulisannya al-Atyaaf al-Arba”™ah ms.168 [oleh Sayyid Qutb dan adik beradiknya, terbitan Beirut 1967M tanpa nama penerbit]:
“Bonda..
Siapakah selepas ini yang akan menceritakan kisah zaman kanak-kanakku, seakan-akan ia suatu peristiwa yang baru semalam berlaku? Siapakah lagi yang akan membayangkan kepadaku zaman muda untuk dibawa kembali bayangannya kepada kehidupan dan diundang semula kepada alam wujud ini buat kali yang seterusnya?


Engkau telah memberikan gambaran terhadapku bahawa diriku adalah insan yang istimewa semenjak aku masih di dalam dodoian buaian kehidupan. Kau sering hikayatkan kepada diriku tentang impianmu yang lahir dengan kelahiranku, yang merangkak-rangkak terserap ke dalam jati diriku bahawa aku seorang yang mulia. Ia telah tergalas di atas diriku sebagai suatu tanggungjawab yang besar dan semua ini adalah dari tatih impianmu terhadapku dan “˜wahyu”™ bisikan hatimu. Siapakah nanti yang akan membisikkan kepadaku khayalan-khayalan yang membara itu? Siapakah lagi yang akan meniupkan dorongan ke dalam hatiku..?.”�
Amat benarlah bagai yang dikata pepatah: “tangan yang mengayun buaian itu bisa menggoncang dunia”�.Sentuhan tarbiah tangan seorang ibu telah melahirkan seorang mujahid seperti Sayyid Qutb, yang limpahan hikmahnya terus mengalir deras ke jiwa pejuang Islam, di sepanjang zaman…


- Diolah semula dari kitab Sayyid Qutb: Min al-Meelaad ilaa al-Istisyhaad karangan Solah Abdul Fattah al-Khalidi [Darul Qalam, Damascus, 1994M]

Sunday, December 28, 2008

SALAM MAAL HIJRAH 1430H


Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun

Friday, December 26, 2008

Detik-detik Terakhir Kehidupan Insan Mulia


Daripada Ibnu Mas’ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra. Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:“Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.”
Allah berfirman: “Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.”
Kemudian kami bertanya: “Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila’ la.”
Kami bertanya lagi: “Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?
Baginda menjawab: “Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.”
Kami bertanya: “Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?” Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.
Kemudian baginda bersabda: “Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.”
Semakin Tenat
Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir.
Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: “Assalamualaikum ya Rasulullah?” Kemudian ia berkata lagi “Assolah yarhamukallah.”
Fatimah menjawab: “Rasulullah dalam keadaan sakit?” Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk.
Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: “Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat.”
Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: “Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?” Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut.
Ketika Abu Bakar ra melihat ke tempat Rasulullah yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: “Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab: Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka.”
Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: “Ya ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.”
Malaikat Maut Datang Bertamu
Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja.
Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: “Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!” Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: “Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.”
Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: “Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?” Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: “Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: “Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma.”
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia?” Fatimah menjawab: “Tidak wahai baginda.” Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: “Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan ‘Assalamualaika ya Rasulullah.” Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?”
Malaikat Maut menjawab: “Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang.
Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? “Saya tinggal ia di langit dunia?” Jawab Malaikat Maut.
Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah.”
Ketika Sakaratul Maut
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; “Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.”
Baginda SAW bersabda: “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.”
Baginda SAW bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?”
Jibril as bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: “Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?”
Jibril menjawab: “Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.”
Maka berkatalah Rasulullah SAW: “Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?” Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.
Ali ra bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.
Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: “Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.”
Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?” Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW.
Kesedihan Sahabat
Berkata Anas ra: “Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa’ir.”
Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu’az bin Jabal ra telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: “Apakah anda masih lena tidur juga wahai Mu’az, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah.”
Mu’az terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: “A’uzubillahi minasy syaitannir rajim?” Setelah itu ia lalu mengerjakan solat.
Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu’az berkata: “Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?” Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.
Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu’az berkata kepada mereka: “Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu’az menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?” (Az-Zumar: 30).
Maka menjeritlah Mu’az, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi: “Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?” (Ali-lmran: 144)
Maka Mu’az pun menjerit lagi: “Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?” Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: “Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala.”
Kemudian ia berkata: “Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?” Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud: “Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.”
Lalu Mu’az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu’az bertanya kepada orang tersebut: “Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu’az, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu’az terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Mu’az: Wahai Mu’az sedarlah dan bangunlah.”
Ketika Mu’az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu’az melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu.
Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah. Mu’az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?” Mu’az menyambungnya: “Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?” Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.
Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: “Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu’az yang sedang pengsan.
Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu’az, lalu ia berkata: “Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu’az, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Sampaikanlah salamku kepada Mu’az.”
Maka Mu’az pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: “Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra.”
Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu’az mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?” Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: “Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu’az menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahli bait.”
Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu’az bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW.”
Kemudian Fatimah berkata lagi: “Masuklah wahai Mu’az?” Ketika Mu’az melihat Siti Fatimah dan Aisyah ra ia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Mu’az dan khabarkan kepadanya bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama.”
Kemudian Mu’az bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.

Thursday, December 25, 2008

KAIN CINTA PUTIH(kisah seorang anak soleh)


Peluh mengalir deras membasahi seluruhtubuh kecil yang sedang asyikmembanting tulang empat kerat. Setiapkali titisan peluh itu mengalirmeluruti dahi menuju ke kelopak mata,pantas dikesat dengan lengan bajunya.Rasa letih mula menjalar perlahan-lahan menyerap ke seluruh tubuh.Namun, tubuh kecil itu tetapmenggagahkan diri untuk menghabiskanbakian kerjanya. Jika dituruti rasaletih dan penat itu mungkin akanmengakibatkan seisi rumahnya kelaparan.
“Pak Majid! Lidi yang telah diraut niKudin letakkan di atas para bawahrumah. Buah kelapa yang Kudin kutiptadi, semuanya Kudin kumpulkan di tepitangga di belakang rumah sana” ujarKudin sebaik sahaja usai kerjanyameraut lidi serta memungut buah-buahkelapa kepunyaan Pak Majid.
“Kudin! Ini duit upah untuk hari ini.Besok boleh tak Kudin tolong Pak Majidbersihkan kebun?” kata Pak Majidsambil menghulurkan sejumlah wangkepada Kudin.
“Insya Allah. Kalau mak Kudin taksakit, Kudin datang bantu Pak Majidbesok” balas Kudin. Setelah berjabattangan, Kudin meminta izin pada PakMajid untuk pulang ke rumahnya. Dengansecangkir senyuman ikhlas, Pak Majidmembenarkan Kudin pulang. Selepasterungkap lafaz salam Kudin punmeninggalkan Pak Majid.
Kudin mendongak ke langit. Sangmentari yang garang membakar, betul-betul tegak di atas kepalanya. Suatupetanda menandakan bahawa waktu Zohorhampir tiba. Seolah-olah ia adalahsatu suruhan tanpa suara kepada semuamanusia yang beriman agar bersiap-sedia untuk menunaikan tiang agama.Langkah kaki yang disusun semakinpantas diatur. Menyusuri denai dansemak menuju ke pondok usang tinggalanAllahyarham bapanya. Sekalipun pantas,kewaspadaan terhadap rintangan yangsedia tersaji menjadi satu signifikandalam dirinya. Kecelakaan mungkinboleh berlaku. Paku, duri dan kacabakal tertusuk menembusi telapakkakinya andai dia tidak berwaspada danberhati-hati. Rutin hariannya akantergendala sekiranya hal sedemikianmenimpa dirinya.
****************************************
“Assalamualaikum, Mak! Abang balik ni”laung Kudin memanggil ibunya.“Waalaikumussalam. Anak mak dah balik.Masuk nak” jawab makcik Habibah, ibuKudin. Dia hanya mampu menyambutkepulangan anaknya itu sehari-haridengan kata-kata manis. Diamengharapkan agar kata-kata itumenjadi pemangkin serta penawarkeletihan anaknya. Kalau diikutkanhati dia tidak mahu mengizinkan anaksulungnya itu bekerja. Dia amatmenginginkan Kudin mendapat pelajaranseperti anak-anak orang lain yangseusianya. Tapi kuasa Allah mengatasisegalanya. Dia kini lumpuh kedua-duabelah kaki akibat dari kemalangan yangdialaminya ketika Kudin masih berusiadua tahun dan Zubaidah anak keduanyaberumur setahun. Kemalangan itu telahmeragut nyawa suaminya yang merupakanketua keluarga mereka. Tetapi diayakin bahawa Allah s.w.t tidakbersifat kejam. Allah s.w.t tidakmenzalimi keluarganya. Ujian yangdialaminya kini adalah tarbiah dariAllah. Ujian ini bukanlah satupenganiayaan tetapi satu penilaiandari Allah terhadap dirinya. Dia jugatelah menitipkan keyakinan initerhadap kedua-dua anaknya. Merekaanak-beranak redha dengan ketentuanAllah ini.
“Mak dah makan?” tanya Kudin sebaiksahaja kakinya melangkah masuk.“Belum. Mak tunggu abang. Kita makansama-sama ya”
“Baik. Em! Adik mana mak?”
“Ke belakang katanya tadi. Ambilbatang lambok buat ulam” ujar MakcikHabibah.
Kudin melangkah keluar meninggalkanibunya menuju ke belakang rumah mereka.
“Zubaidah! Awak buat apa tu?” tegurKudin. Sejak dia pandai menyebut namaadiknya itu, belum pernah diameringkaskan nama Zubaidah. Dia sangatmenyayangi adiknya. Zubaidah jugasenasib dengannya. Tidak mendapatpendidikan kerana kemiskinan keluargamereka.
“Ambil lambok ni. Abangkan suka makanulam lambok cicah dengan sambaltempoyak. Adik goreng ikan je hari ni.Tak sempat nak masak gulai. Tadi,asyik sangat berkebun sampai terlewatmasak. Abang tak marahkan?” ujarZubaidah sayu. Dia bimbang akandimarahi abangnya.
Kudin menghampiri Zubaidah lantasmendakapnya dengan penuh manja.Diusapnya rambut halus Zubaidahperlahan-lahan. Dahi si adik dikucup.Ditatapnya wajah Zubaidah beberapaketika. Kemudian diukirnya sekuntumsenyuman untuk Zubaidah.
“Tak marah. Adik abang tak pernah buatabang marah. Tak ada gulai pun kitatetap makan jugak kan. Bukankah makselalu pesan pada kita yang makan niuntuk hidup dan bukan hidup untukmakan. Adik abang ingat lagikan” tuturKudin menyantun lembut.
“Adik ingat abang” balas Zubaidah.
“Em! Zubaidah tanam apa hari ini?”tanya Kudin.
“Kacang panjang dengan timun. Sedap nikalau cicah dengan tempoyak” jawabZubaidah sambil tersenyum bangga.
Kedua-dua beradik itu berjalan dalampelukan melangkah masuk ke dalamrumah. Mereka kemudian makan bersama-sama. Tengahari itu mereka sekeluargamakan dengan penuh kemesraan. Kudindan Zubaidah bergilir-gilir menyuapnasi ke mulut ibu mereka. Ibu lumpuhitu seakan terlupa akan kesempitanhidup mereka bila melihat telatahkedua-.dua anaknya
************************************************
“Siapa tahu apa maksud anak soleh?”tanya Ustaz Taufiq menguji kefahamanmurid-muridnya. Semua muridnyaterlopong sambil berpandangan sesamamereka. Tidak kurang juga segelintirdari mereka yang menggaru-garu kepalayang tidak gatal.
“Nurul Husna! Boleh terangkan padakawan-kawan apa yang Nurul Husna tahutentang anak soleh?” soal Ustaz Taufiqkepada salah seorang muridnya yangsedang asyik membelek-belek kotakpensel. Dalam keadaan terpinga-pingaNurul Husna senyum tersengih. Giginyayang rongak bahagian depanmengurangkan sedikit seri wajahnya.Ustaz Taufiq tersenyum. Dia fahambenar dengan kerenah semua muridnya.Diajunya soalan yang sama kepada AbdulRafiq pula. Abdul Rafiq merupakanmurid yang paling nakal dalam kelasitu tetapi amat luas pengetahuannya.Ibunya juga seorang guru agama. Diamengajar di kampung sebelah.
“Saya, kalau anak soleh tu tak tau laUstaz. Tapi kalau anak Salleh tu sayakenal sangat” jawab Abdul Rafiq sambiltangnnya menunjuk ke arah NurShahirah. Nur Shahirah ialah anakPakcik Salleh tukang gunting rambutkampung mereka. Dia terkejut. Kemudianterus menangis kerana kelasmentertawakannya.
“Tap! Tap! Tap!” bunyi rotan diketukke meja. Ustaz Taufiq mententeramkankelasnya. Abdul Rafiq didendanya.Kemudian dia menjelaskan kepada murid-muridnya maksud anak soleh.
“Anak soleh ialah anak yag sentiasapatuh dan taat kepada perintah keduaibu bapanya selagi mana mereka tidakmenyuruh kepada perkara-perkara yangbertentangan dengan perintah Allah dannabi kita Muhammad s.a.w” jelasnya.
“Kita tidak boleh melawan kata-kataibu dan bapa kita. Nabi s.a.wbersabda : Keredhaan Allah ituterletak pada keredhaan kedua ibu bapadan kemurkaan Allah itu terletak padakemurkaan kedua ibu bapa” jelasnyalagi.
“Dan yang paling utama ialah anak yangsoleh ini sentiasa mendoakankebahagian kedua ibu bapanya di duniadan akhirat” sambungnya lagi. Semuamuridnya terdiam. Bermacam-macamreaksi dari mereka apabila mendengarpenjelasan itu. Ustaz Taufiq mengertikeluh-kesah murid-muridnya.
“Kelas! Semua sekali tengok Ustaz?”pintanya.
Semua murid memandangnya. Diamembiarkan mereka terdiam sebentar.Sambil menarik nafas dia bertanyakansatu soalan kepada mereka.
“Awak semua sayang tak pada mak danayah awak?” soalnya.
“SAYANG” jawab mereka serentak.
“Awak semua nak tak mereka masuksyurga?” soalnya lagi.
“NAK”
“Jadi, kalau awak semua nak merekamasuk syurga, awak semua kena rajin-rajin belajar tentang Islam. Sebabanak yang sayangkan ibu dan bapanyamesti pandai tentang agama Islam.Agama Islam mengajar kita cara berdoauntuk kebahagiaan ibu bapa kita. Kalauawak semua nak pandai berdoa untuk makdan ayah awak, mesti kena datangsekolah agama hari-hari. Inilah buktikita cintakan mak dan ayah kita”jelasnya berjela.
“Apa bukti cinta kita pada mak danayah kita?” tanya Ustaz Taufiq padamurid-muridnya.
“KITA KENA DATANG SEKOLAH AGAMA TIAP-TIAP HARI SUPAYA KITA PANDAI BACA DOAUNTUK KEBAHAGIAN MAK DAN AYAH KITA,USTAZ” serentak dijawab oleh semuamuridnya.
Kudin yang sedari tadi duduk di luarkelas menitiskan air matanya. Diahanya mendengar pengajian itu dariluar kelas kerana tidak mampu untukmembayar yuran. Begitulah rutinhariannya hampir setahun. Selama itujuga tidak seorang pun menyedarikehadirannya. Dia juga tidak inginkehadirannya diketahui. Bimbangmengganggu ketenteraman orang lain.Memang itulah hakikatnya. Kanak-kanakkampung itu tidak berapa suka berkawandengannya. Malah mereka menggelarnyadengan gelaran Kudin Kurap. Diasendiri sehingga kini masih memikirkankenapa dia digelar “kurap” walhalsetompok kurap pun tidak pernahbertunas di tubuhnya. Barangkalikerana pakaiannya yang lusuhmenyebabkan dia dihina sedemikian.
Kudin mengesat air matanya. Otaknyaberputar memikirkan kata-kata UstazTaufiq sebentar tadi. Bukti cintaseorang anak kepada ibu bapanya ialahhadir ke sekolah agama setiap hari.Kenapa? Supaya faham tentang agamaIslam. Untuk apa? Untuk mengetahuicara mendoakan kesejahteraan mereka.Sekali lagi air matanya berderai kepipi. Bagaimana mungkin untuk diahadir ke sekolah setiap hari. Hendakmembayar yuran pun dia tidak mampu.Hidupnya sekeluarga sekadar kais pagimakan pagi, kais petang makan petang.Kalau setakat mendengar dari luarkelas sebegini bagaimana untuk dialekas pandai berdoa. Belajar perludiuji. Ujian untuk mengetahui tahapkefahaman seseorang. Itulah antarabutiran permata bicara yangdidengarinya dalam khutbah jumaat yanglepas. Dia tidak bisa diuji kalautidak hadir ke sekolah seperti kanak-kanak seusianya.Kudin terus menangis sambil meratapitakdir dirinya. Bukan menyesali. Tapidia seorang kanak-kanak. Dia tidaksetabah ibunya. Air matanya mencurah-curah. Tangisannya menyerap masuk kedalam kelas tanpa ia sedari. Suaratangisannya telah menarik semua muridberlari meluru ke arah jendela.
“KUDIN KURAP!” jerit mereka serentak.Kudin terkejut dan cuba lari beredar.Akan tetapi langkah kakinya terhalangoleh suara Ustaz Taufiq yangmemanggilnya. Ustaz Taufiq bergegas keluar kelas mendapatkan Kudin.
“Siapa nama awak?” tanyanya pada Kudin.
“Fakhruddin bin Mansur”
“Tapi orang panggil saya Kudin” jelasKudin.
“Tak mengapa. Kalau orang panggil awakKudin biar Ustaz panggil awakFakhruddin. Nama kita adalah doa”jelasnya.
“Kenapa Fakhruddin tak masuk kelasbelajar bersama kawan-kawan lain”tanyanya pula.
“Saya tak ada duit untuk bayar yurandan beli baju, Ustaz” jawab Kudin.
Ustaz Taufiq berfikir seketika.Dahinya berkerut. Dipejamkan matanyamengharapkan pertolongan daripadaAllah s.w.t agar bisa dirungkaikannyamasalah ini. Hati dan fikirannyaberbicara rancak mencari jalanpenyelesaian.
“Macam ni la Fakhruddin. Soal yuran tuawak tak perlu fikirkan. Taulah Ustaznak uruskannya. Cuma tentang baju tumasalah sikit. Sekolah ni sentiasadipantau oleh pegawai dari majlisagama. Mereka mahu semua murid di sinidatang sekolah dengan pakaian seragam.Baju melayu putih sepasang sertasampin hijau dan bersongkok hitam.Ustaz tak mampu nak bantu awak belibaju tu” terangnya memberi jalan.
“Berapa harga baju tu Ustaz?” tanyaKudin.
“Ustaz tak pasti sebab ustaz tak adaanak lelaki. Setahu Ustaz kita kenatempah baju tu. Cuba awak tanya padakedai Ah Seng di pekan” sarannya.
“Untuk pengetahuan Ustaz, saya bekerjamengambil upah membantu orang-orangkampung. Beginilah, mulai esok sayaakan bekerja dengan lebih kuat. Walauapa cara sekalipun saya mesti dapatkanbaju itu. Baju itu nanti akan menjadibukti cinta saya pada mak dan ayahsaya” ujar Kudin penuh bersemangat.Ustaz Taufiq sungguh terharu. Diaberdoa didalam hati memohon kejayaanKudin.
*********************************************
Sejak hari itu Kudin bekerja dari pagihingga lewat petang. Berbagai-bagaikerja yang dilakukannya. Menebas,mengutip kelapa, membersih kolam ikandan banyak lagi. Tujuannya hanya satu.Baju seragam sekolah agama. Dia mestiberusaha dengan sekuat tenaganyakerana Allah sentiasa bersikap adilterhadap hamba-hambaNya. Kurnia Allahsetimpal dengan usaha hambaNya.Sekiranya kuat kita berusaha makabanyaklah yang akan kita perolehihasilnya dan begitulah sebaliknya. Bakkata pepatah, dimana ada kemahuan disitu ada jalan.
Tiga minggu Kudin memerah keringatuntuk mencapai cita-citanya. Hari inidia akan ke kedai Ah Seng di pekanuntuk menempah baju yang diingininya.Dia merasakan wangnya telah mencukupi.Sengaja dia tidak bertanya terlebihdahulu tentang harga di kedai Ah Sengseperti yang disarankan oleh UstazTaufiq. Upah selama tiga minggu kerjabermati-matian dirasakannya cukupuntuk menempah baju seragam tersebut.Sebelum ke pekan dia bertemu dahuludengan ibu dan adiknya Zubaidah untukmemberitahu hajatnya ini. Merekaberdua gembira mendengarnya.
“Zubaidah! Abang janji. Kalau abangdah masuk sekolah agama nanti, abangakan ajar adik apa yang abang belajar”ujar Kudin kepada Zubaidah.
“Terima kasih abang. Eh! Silap. UstazAbang” jawab Zubaidah sambilberseloroh mengusik abangnya.
“Ini janji abang, Zubaidah. Abang nakkita berdua jadi anak yang soleh” ujarKudin bersemangat. Zubaidah mengangguk-angguk tanda faham dengan maksudabangnya.
“Adik jaga mak ya” pesan Kudin padaZubaidah.
“Mak! Baju itu nanti akan menjadibukti cinta dan kasih sayang abangpada mak, ayah dan adik. Mak doakanabang ya” kata Kudin pada ibunya.
“Mak sentiasa mendoakan kebaikan untukanak-anak mak” jawab ibunya denganlinangan air mata kebanggaan.
Kudin pun meniggalkan ibu dan adiknyamenuju ke pekan. Dalam perjalanan diamembayangkan betapa segaknya diadengan pakaian seragam itu nanti. Diasemestinya puas. Pakaian seragamitulah tanda cintanya terhadapkeluarganya. Dan yang palingmembanggakan ialah dia mendapatkannyadengan wang hasil usahanya sendiri.
*************************************************
“Tauke! Saya mahu tempah baju untuksekolah agama. Berapa dia punyaharga?” tanya Kudin kepada tauke AhSeng.
“Oh! Lu budak. Gua ada kenai sama lu.Bapak lu punya nama Mansur kan?” tanyatauke Ah Seng.
“Ya la tauke. Macam mana tauke bolehkenal saya punya bapak?” tanya Kudinkehairanan.
“Gua ha. Sama lu punya bapak banyakbaik dulu-dulu. Lu tadi mau tempahsekolah agama punya baju bukan. Diapunya halga RM35. Tapi itu mahal punyakain la. Kalau mulah punya kain guakasi lu RM20. Tapi itu kain Melayubikin bungkus olang mati la” jelastauke Ah Seng.
“Itu songkok berapa harga dia tauke?”tanya Kudin sambil menunjuk ke arahsongkok hitam di dalam almari kaca.
“Itu RM25 satu. Lu mau ka?”
“Mahal la tauke. Saya ada RM30 saja”
“Ini macam la budak. Gua punya anakala ini songkok. Dulu dia ala masuksekolah punya pancalagam. Sikalangtatak ala pakai lagi. Gua kasi luangkat. Hadiah gua sama lu. Dia punyakepala sama lu punya kepala ala sama”
“Terima kasih tauke. Saya mau angkatkain yang murah punya. Lebih duit nisaya bikin belanja”
“Banyak bagus la itu macam. Sini mali.Gua kasi ukur lu punya badan dulu”minta tauke Ah Seng. Sambil mengukurdia rancak bercerita itu dan initentang bapa Kudin. Ternyata merekaterlalu akrab suatu masa dulu.
“Lagi satu minggu lu latang sini kasiangkat lu punya baju. Itu jam juga luboleh masuk sekolah agama” beritahutauke Ah Seng.
“Terima kasih tauke. Ini baju tandacinta saya pada saya punya mak, ayahdan adik saya”
“Banyak baik lu punya hati. Sayabanyak suka dapat jumpa lu ini hali”
“Terima kasih tauke. Saya balik dulu”
Kudin terus berlari pulang ke rumahnyakerana terlalu gembira. Dia perlusegera sampai ke rumah untuk berjumpaibu dan adiknya. Mereka juga harusmerasai sama berita gembira ini.
“Hoi! Budak. Jangan lali. Jalan pun luboleh sampai rumah” jerit tauke AhSeng kepada Kudin dari dalam kedainya.Kudin berpaling sambil melambai-lambaitangannya kepada tauke Ah Seng.
“BANG!!!”
Dengan tidak semena-mena muncul sebuahkereta yang bergerak laju menghala kearah Kudin serta melanggar tubuh kecilitu. Hentakkan yang kuat menyebabkanKudin tercampak 30 meter ke hadapan.Tauke Ah Seng yang melihat kejadianitu di depan matanya menjerit sekuathati. Dia kemudian berlari ke arahKudin. Kudin yang ketika itu tercungap-cungap tanpa sebarang suara. Tauke AhSeng memangku kepala Kudin yangdiselubungi darah di atas pahanya. Diaberteriak kepada orang ramai supayamenahan mana-mana kereta untuk membawaKudin ke hospital berdekatan.
Darah yang mengalir deras terus-menerus keluar dari mulut, hidung danmata selain melalui bahagian kepalaKudin yang luka parah. Kaki dantangannya terkulai. Kudin berdengkur.Dari perlahan bertukar kuat. Kemudiankeluar darah berbuih dari mulutnya.Selepas itu tiada lagi sebarang tindakbalas dari tubuh kecil itu. Kudintidak bergerak. Nafas yang tadinyatercungap-cungap kini telah terhenti.Terhenti untuk selamanya. Orang ramaiyang mengerumuninya menggeleng-gelengken kepala. Kudin telah pergimenemui Tuhannya.
*************************************************
“Mana la abang kamu ni Zubaidah? Dahnak masuk Asar masih tak balik-baliklagi” rungut Makcik Habibah.
“Entahlah mak. Biasanya sebelum sampaiZohor abang dah ada di rumah” jawabZubaidah.
“Eh! Mak. Tengok sana tu. Ada vanmasuk ke rumah kita” kata Zubaidah.
Makcik Habibah kaget. Dia tergamammelihat sebuah van menghala kerumahnya. Dia kenal benar dengan vanitu. Van jenazah hospital. Zubaidahhanya memerhatikan van itu sehinggaberhenti di hadapan pintu rumahnyatanpa mengerti seperti ibunya. Keluardua orang lelaki dari van tersebutmenuju ke depan pintu rumah mereka.“Assalamualaikum!” salah seorang darimereka memberi salam.
“Waalaikumussalam” jawab mereka berdua.
“Makcik ni ibu Fakhruddin ya?” tanyalelaki yang seorang lagi.
“Ya” jawab Makcik Habibah.
“Kami harap makcik banyak-banyakbersabar. Anak makcik Fakhruddinkemalangan. Dia dah meninggal. Ni kamidatang hantar jenazahnya” jelasnya.
“Tauke Ah Seng yang tunjukkan kamijalan ke mari” ujar lelaki yangmemberi salam tadi.
Zubaidah terus mendakap ibunya sertamenangis sebaik sahaja mendengar kata-kata lelaki itu. Mereka dua beranakberpelukan menangisi pemergian Kudin.
Jenazah Kudin dibawa masuk ke dalamrumah kecil mereka. Jenazahnyadiletakkan ditepi pembaringan ibunya.Ibu lumpuh itu memeluk erat anaknyayang tidak lagi bernyawa. Dikucupnyakedua-dua belah pipi dan dahi jenazahanaknya itu. Kemudian diikuti olehZubaidah melakukan seperti apa yangdilakukan oleh ibunya. Lama diamendakap. Dia tidak mahu melepaskanpelukannya. Makcik Habibah menenangkananak perempuannya itu. Zubaidahmengalah dengan kata-kata ibunya. Diaterusan menangis dipangkuan ibunya.
“Nyonya! Ini kain lu kasi bungkus lupunya anak. Tadi sebelum kena langgardia ada bili dekat gua punya kedai”kata tauke Ah Seng sambil menghulurkankain putih yang dibeli oleh Kudin dikedainya. Makcik Habibah menyambutkain putih itu. Dia kemudian mengucupkain itu beberapa kali. Kain yangingin Kudin jadikan baju melayu ituakan digunakan sebagai kain kapanjenazahnya. Kain putih yang ingindijadikan bukti cintanya kepada ibu,bapa dan adiknya kini menjadi pembaluttubuhnya bertemu Allah cinta yanghakiki.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...