Friday, January 29, 2010

FENOMENA AZAN DI DUNIA SEHINGGA HARI KIAMAT





Azan merupakan lafaz khusus yang disyariatkan oleh Islam sebagai tanda masuknya waktu solat fardhu dan menyeru seluruh umat Islam supaya berkumpul untuk mengerjakannya.Azan mula disyariatkan pada tahun pertama Hijrah. Hal ini telah terkandung di dalam sebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
daripada Ibnu Umar r.a. Pada mulanya, ketika umat Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan solat. Ketika itu tiada orang yang menyeru iaitu melaungkan azan untuk menunaikannya. Pada suatu hari, Nabi Muhammad s.a.w. telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid mengerjakan solat secara berjemaah.Dalam mesyuarat tersebut, terdapat beberapa cadangan. Antara
cadangan-cadangan tersebut :


*Mengibarkan bendera sebagai tanda masuknya waktu solat.
*Meniup trompet seperti yang biasa dilakukan oleh penganut agama Yahudi.
*Membunyikan loceng seperti yang dilakukan oleh orang-orang Nasrani.
*Menyalakan api di atas bukit.


Nabi Muhammad s.a.w. menolak kesemua cadangan yang diberikan. Kemudian,
Umar al-Khattab mencadangkan agar diteriakkan ucapan “Telah masuk waktu solat“. Cadangan beliau ini telah diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w. tetapi Baginda menukar lafaz itu dengan lafaz “Assolatu jami’ah” yang bererti “Marilah solat berjemaah“.



Pada suatu malam, Abdullah bin Zaid telah bermimpi tentang seorang lelaki yang datang kepadanya dengan membawa loceng. Abdullah memohon agar loceng itu dijual kepadanya. Pembawa loceng bertanya, “Untuk apakah tuan gunakan loceng ini?“. Abdullah menjawab, “Kami akan bunyikan loceng ini untuk memberitahu orang ramai bahawa telah masuknya waktu solat“. Apabila mendengar jawapan tersebut, pembawa loceng itu berkata, “Mahukah tuan jika saya tunjukkan cara yang lebih baik untuk memberitahu masuknya waktu solat?“. Abdullah menjawab, “Itu baik sekali“. Lalu pembawa loceng itu berkata, “Kumandangkanlah Allahu Akbar dan lafaz-lafaz azan yang
seterusnya“. Pada keesokan harinya, Abdullah bin Zaid menemui Nabi Muhammad s.a.w. memberitahu perihal mimpinya itu. Kemudian Baginda bersabda, “Mimpimu itu mimpi yang benar“. Nabi Muhammad s.a.w. kemudiannya memerintahkan Bilal bin Rabah melaungkan kalimah-kalimah azan tersebut.Ketika Bilal hendak melaungkan azan, Umar pula datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan menceritakan bahawa beliau juga bermimpi seperti yang dialami oleh Abdullah bin Zaid.


Lafaz-lafaz azan yang didengar oleh Abdullah bin Zaid dan juga Umar bin al-Khattab dalam mimpi masing-masing sama dengan lafaz-lafaz azan yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.. Namun begitu, mimpi-mimpi tersebut bukanlah menjadi dasar pensyariatan azan kerana secara kebetulan sahaja lafaz-lafaz azan yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai persamaan dengan mimpi kedua-dua sahabat tadi.


Perihal azan bukan sahaja melalui mimpi bahkan ia diperkuatkan lagi dengan penerimaan wahyu. Al-Bazzar meriwayatkan bahawa:



“Nabi Muhammad s.a.w. pada malam isra’ mikraj telah diperlihat dan diperdengarkan azan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka yang turut sama berjemaah ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s.. Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi“.


Menurut pendapat sesetengah ulama’, terdapat beberapa adab dan tertib dalam melaksanakan azan. Antaranya ialah:


*Mu’azzin tidak harus menerima upah apabila melaksanakan tugasnya
*Mu’azzin harus suci daripada hadas kecil, hadas besar dan najis
*Mu’azzin hendaklah mengadap kiblat ketika melaungkan azan
Ketika membaca “hayya ‘ala as-salah“, mu’azzin hendaklah mengadapkan muka
dan dadanya ke sebelah kanan dan ketika membaca “hayya ‘ala al-falah“,mengadapkan
muka dan dada ke sebelah kiri
*Mu’azzin hendaklah memasukkan dua jarinya ke dalam kedua telinga
*Suara mu’azzin hendaklah nyaring
*Mu’azzin tidak boleh bercakap ketika melaungkan azan
*Orang-orang yang mendengar azan hendaklah menyahutnya secara
perlahan-lahan dengan lafaz yang diucapkan oleh mu’azzin, kecuali pada
lafaz “hayya ‘ala as-salah” dan “hayya ‘ala al-falah“. Kedua-duanya disahut
dengan “la haula wala quwwata illa bi Allah” yang bermaksud “tiada daya dan
kekuatan kecuali daripada Allah“.
*Setelah selesai azan, mu’azzin dan yang mendengar azan hendaklah berdoa:“Allahumma
rabba hazihi ad-da’wah at-tammah wa as-salati al-qa’imah, ati Muhammadan al-wasilah
wa al-fadhilah wab’athhu maqaman mahmudan allzi wa’adtah” yang bermaksud “Wahai
Allah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang sedang
didirikan, berikanlah kepada Nabi Muhammad kurnia dan keutamaan serta kedudukan
yang terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya” (Riwayat Bukhari)



Terdapat satu fenomena yang luar biasa tentang azan. Azan di dunia ini bersahutan tanpa henti dan akan terus berkumandang sehingga ke akhir zaman. Ada yang mengatakan bahawa jika berhentinya sambungan azan (salah 1 tanda besar kiamat), maka akan keluarlah yakjuj dan makjuj yang dikatakan akan menghancurkan dunia pada akhir zaman. Selagi azan berkumandang,tembok yang mereka gali akan tertimbus balik. Wallahualam. Hayatilah rakaman video di bawah.


Thursday, January 7, 2010

The Golden Number & Holy City Of Mecca

Dalam kehidupan seharian sejak zaman purbakala manusia selalu berusaha mencari hakikat kebenaran mengenai hal-hal yang bersifat hakiki, seperti masalah Tuhan, kematian, hidup sesudah mati, cinta dan lain-lain. Manusia berusaha mengerti dan menaklukan alam semesta yang penuh dengan misteri. Sampai zaman yang diwarnai dengan kecanggihan teknologi saat ini, perasaan untuk mengerti dan memahami rahsia-rahsia alam semesta termasuk rahsia mengenai dirinya sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...